Siapa pernah minum davidoff coffee? - ceritaejoy

Siapa pernah minum davidoff coffee?

8:57 PG

www.ceritaejoy.com

Siapa pernah minum davidoff coffee? | Mungkin ramai yang tak tahu, wujudnya Kopi Davidoff ni kat pasaran. Kebiasaannya, bila dengar nama Davidoff je, perkara pertama yang muncul dalam kepala kita mesti air sejuk *cool water* kan? Davidoff memang sinonim dengan perfume. Tapi Davidoff juga wujud dalam bentuk kopi. Percaya tak? hehehe. Harini aku nak cerita pasal Kopi Davidoff ni. Siapa pernah minum davidoff coffee?

Kenapa tiba-tiba aku nak cerita pasal davidoff coffee ni? Ceritaejoy macam ni, pagi tadi, ada seorang majikan aku ni, dia bawak sebotol ke tempat kerja. Rilek je dia bancuh. Harum semerbak 1 opis ni. kemudian ada seorang rakan sekerja yang bertanya, “bos minum kopi apa tu”. Aku yang duduk jauh ni, dengar jelah. Kemudian dia jawab “ owh, Davidoff coffee”.  Boleh pulak kawan aku ni buat-buat terperanjat.

Yelah, dia kata, Davidoff bukan buat minyak wangi ke? Aku yang dengar ni, tergelak la. Aku pun sampuk la berbual. Aku cakap “ bro, Davidoff coffee ni dah lama kat pasaran, dekat tesco banyak jual”. Aku ni memang suka kopi. Jadinya, memang aku tahu kewujudan kopi ni dekat pasaran malaysia ni. Yang aku tak tahu, kopi luwak original ada tak jual kat sini. Nak juga rasa. Hehehe.

Haip! Ini bukan nak cerita pasal kopi luwak ye. Rasanya aku pernah cerita pasal benda ni kat blog ceritaejoy ni. Kena rajin-rajin cari ye. Hehehe. Berbalik semula pada davidoff coffee ni. Siapa yang pernah rasa/minum kopi ni? Macam mana rasa kopi ni? Sedap tak? Berbeza tak dengan rasa kopi lain? Ke sama je?

Kalau tanya pada aku, kalau nak bezakan kopi ni, memang boleh rasa. Contoh ya! Aku beri contoh. Nescafe dengan kapal api. Aku suka kapal api lagi. Sebab rasa dia boleh buat aku nak minum kopi hampir setiap pagi. Ish! Tapi aku dah lama tak minum kapal api. Ada juga minum baru-baru ni, tapi rasa dia macam dah lain sikit dekat tekak aku ni, tak tahu nape.

Berbeza dengan davidoff coffee ni, rasa dia sedikit “lembut”. Tak pekat sangat *pada aku, mungkin berbeza dengan orang lain ya!*. Sedap! Kalau buat kopi ais, memang layan! Hahaha. Tapi kan, aku nak tanya korang juga ni, pernah jumpa dengan seseorang yang suka bau kopi? Jenis yang duduk saja-saja sambil hidu kopi? Ambil bau kopi tu, pernah? Hahaha, aku pernah jumpa dengan orang macam ni! hehe

Oklah! Nak cerita panjang-panjang, aku bukanlah seorang yang pandai bercerita pasal makan minum ni. Sekadar nak beritahu pasal davidoff coffee ni je. Mana tahu ada yang tak tahu. Setakat ni, aku biasa jumpa dekat tesco je, itu pun sebab rajin beli barang kat sana. Mungkin ada dekat tempat lain. Lepas ni beli 1 letak dekat rumah. Bila orang datang, buatkan untuk mereka. Dan kalau ada yang bertanya, kopi apa ni? Jawab je:

“davidoff coffee”.

You Might Also Like

3 comments

  1. belum pernah cuba, mahal sikit kan

    BalasPadam
  2. tau lama dah davidoff ni ada kopi, memula terkejut jugak..tapi kopi paling best aku penah minum kopi Kluang tu..pehh..harum je

    BalasPadam
    Balasan
    1. kopi keluang? ok, itu belum pernah rasa jugak..hehehe

      Padam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email