Senarai harga ayam hutan Di Malaysia. - ceritaejoy

Senarai harga ayam hutan Di Malaysia.

8:53 PG

www.ceritaejoy.com

Senarai harga ayam hutan Di Malaysia | Fuh! Bahaya keyword ni bila dia muncul dekat blog ceritaejoy. Kang tak pasal-pasal ada yang anggap aku ni menjual ayam hutan malaysia. Sebelum apa-apa, aku nak beritahu, aku tidak menjual ayam hutan malaysia kerana ianya adalah 1 kesalahan besar. Ya! Cuma aku pernah kongsikan cerita mengenai minat aku sekarang iaitu bela ayam hutan.

Bila sebut bela ayam hutan, mesti orang fikir ayam hutan yang dalam hutan tu. Hahahaha. Sebenarnya bukan ya! Ini adalah ayam kacukan hutan. Mungkin ada yang kurang faham pasal benda ni. Aku cubalah ceritakan sikit-sikit apa yang aku tahu.

Kacukan ayam hutan ni adalah, ayam orang kampung, yang mereka bela secara lepas. Maksudnya ayam tu tak duduk dalam reban la. Ayam-ayam ni pulak cari makan dekat hutan-hutan yang di dalamnya ada ayam hutan. Hasil daripada hubungan ayam-ayam berkenan, maka terhasil lah anak kacukan ayam kampung dan ayam hutan. Ha, faham tak?

Beza tau original ayam hutan malaysia dengan ayam kacuk hutan ni. Ayam kacuk hutan ni jinak. Boleh bagi makan atas tangan lagi. Ayam hutan original pulak, adoi! Memang sangat liar. Silap-silap, mereka yang cuba bela ayam ni dalam sangkar, mesti tak tahan lama. Sebabnya ayam ni agresif dan akhirnya mati. Ha, nampak tak beza dia?

Jadi jawapan kepada soalan Senarai harga ayam hutan Di Malaysia tu memang aku tak boleh nak jawab. Sebabnya aku tak tahu harga ayam hutan original *itupun kalau ada yang jual la* ni. Lainlah harga ayam hutan kacuk ni. Kalau hal itu, mungkin aku boleh jawab sikit-sikit.

Kalau orang yang cari ayam kacuk hutan ni, harga dia adalah terpulang pada penjual ayam tu. Ada yang jual semurah RM50, ada juga yang jual ratus-ratus. Tak pernah lagi aku dengar orang beli ayam hutan ni sampai RM1000. Kalau ada yang beli dengan harga macam tu, ish! Banyaknya Duit dia!

Oklah! Aku Cuma nak beritahu yang aku tak jual ayam hutan malaysia dan aku tak tahu pun Senarai harga ayam hutan Di Malaysia ni. Dan nak juga beritahu, ayam hutan yang dijual di beberapa laman web jualan tu, bukan semuanya original hutan ya! Macam yang aku ada cakap tadi, ayam tu terhasil daripada hubungan di antara ayam hutan original dengan ayam kampung. Ok? Semoga membantu.

You Might Also Like

2 comments

  1. ada ke yang jual... biasanya ayam hutan ni mmg kena tangkap sendiri la kat hutan... xde orang bela... hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. takda kut..sebab bukan senang nak tangkap ayam hutan ni..kan?

      Padam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email