Promosi tambang murah Airasia kembali lagi! - ceritaejoy

Promosi tambang murah Airasia kembali lagi!

11:02 PG

www.ceritaejoy.com

Promosi tambang murah Airasia kembali lagi! | Pasti ramai yang merancang percutian hujung tahun bersama keluarga mahupun yang tersayang. Namun, seringkali berhadapan dengan masalah tiket kapal terbang yang mahal. Ini mampu merencatkan perancangan percutian anda. Airasia tampil di dalam menyelesaikan masalah ini. Syarikat penerbangan tambang murah terbaik dunia ini kembali menawarkan Tiket Kapal Terbang Murah bagi destinasi-destinasi terpilih!

Tambang Murah Air Asia 2017.


Di antara pilihan destinasi penerbangan tambang murah Airasia adalah Mauritius. Ianya adalah sebuah negara kepulauan di lautan hindi. Mauritius dikenali sebagai di antara pulau tercantik dunia! Daripada pantainya membawa kepada bukit bukau & gunung ganang nya hinggalah ke pusat bandar nya di Port loius yang menghidangkan bangunan dengan rekabentuk yang sangat menarik.

Maka tidak hairan lah, kenapa pulau Mauritius sering menjadi pilihan kepada pelancong dan mereka yang ingin berbulan madu!



Dengan jarak perjalanan kira-kira 9jam daripada Malaysia, dengan tawaran tambang murah Airasia, anda bakal dihidangkan dengan keunikan Gunung Pieter Both yang di puncaknya terdapat 1 bongkah batu yang besar! Ia merupakan gunung kedua tertinggi di Mauritius pada ketinggian 820 meter dari aras laut. Gunung ini diberi nama Pieter Both bersempena nama Gabenor Jeneral Hindi Timur Belanda ketika itu.

Tarikan menarik di Mauritius!


Di antara tarikan-tarikan lain adalah Seven Coloured Earth of Chamarel! Tarikan ini terjadi akibat daripada hakisan gunung berapi yang menjadikan ia muncul dalam 7 warna berbeza! Sama seperti pelangi! Masa terbaik untuk melihat fenomena alam semulajadi ini adalah semasa matahari terbit!

Minat hiking? Nah! Mauritius juga menawarkan aktiviti hiking untuk anda! Anda boleh melakukan aktiviti ini di Black River Gorges! Ia terletak di taman negara terbesar di Mauritius! Lokasi ini menawarkan pemandangan yang indah dan air terjun yang cantik! Terdapat kira-kira 311 spesies tumbuhan berbunga dan spesies burung yang hanya terdapat di pulau ini sahaja! Menariknya lagi, Mauritius memiliki salah satu hutan yang jarang ditemui di dunia!



Bercerita mengenai makanan. Bagi pelancong muslim, tidak perlu risau kerana terdapat banyak makanan halal di Mauritius. Apa yang penting adalah, sebelum membeli sesuatu makanan, tanyakan dahulu kepada penjual apakah makanan tersebut halal atau tidak. Mereka akan menjawab secara jujur! Ini adalah kerana mana-mana kedai atau restoran yang mahu menjual makanan halal perlulah mendapatkan pengiktirafan halal terlebih dahulu daripada pemerintah.

Selain itu, tarikan utama di sini adalah pantai-pantainya yang cantik! Dan yang paling popular adalah Grand bay! Anda boleh melakukan aktiviti berenang, luncur angin, belayar dan ski air. Selain itu, ia juga merupakan lokasi “hotspot” membeli belah!

Percutian ke Mauritius sememangnya menjanjikan kenangan terindah buat semua. Dan promosi Tambang Murah Air Asia ke Mauritius adalah sesuatu yang tidak boleh dilepaskan buat semua! Tempah sekarang hingga 28 Ogos 2016 dan mula terbang 4 Oktober 2016! Jangan lepaskan peluang keemasan ini! 

You Might Also Like

1 comments

  1. singgah

    https://belogs.blogspot.my/2016/08/blog-active-update-on-bus-bloguntuksemua.html

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email