Isu Pokemon Go yang dikatakan boleh mengugat keselamatan negara. - ceritaejoy

Isu Pokemon Go yang dikatakan boleh mengugat keselamatan negara.

12:07 PTG

www.ceritaejoy.com

Isu Pokemon Go yang dikatakan boleh mengugat keselamatan negara | Pokemon Go Malaysia Release baru-baru ni dan dah ramai yang mula bermain dengan permainan ini. Namun kita dikejutkan dengan perkhabaran daripada mufti yang mengatakan permainan Pokemon Go Haram! Namun ianya telah di salah faham kerana mufti hanya mengeluarkan kenyataan bahawa jika permainan ini boleh membawa kepada kemudaratan, maka jatuh lah ia sebagai haram. Faham kan dekat situ? Jika ia boleh bawa kepada mudarat.

Aku percaya, pasti ada ramai yang masih kurang setuju dengan ayat yang boleh membawa kepada kemudaratan yang akhirnya keluarlah ayat Pokemon Go Haram. Yang sebenarnya, daripada pemahaman aku, kalau terleka main game tu sampai lupa segala arahan, maka salah la. Yang sebenarnya, buat apa pun, main game apa pun, kalau waktu solat, tak solat, maka salahlah ye.

Sebagai contoh lagi, pokemon go ni, kan kena kejar segala. Kalaulah ada ibubapa yang terlalu fanatic dengan game ni, leka bermain hingga “terlupa” pada anak-anak kecil, yang akhirnya mengakitbatkan sesuatu yang buruk pada mereka, itu jatuh dalam kategori mudarat la kan? Dan lagi, jika leka bermain hingga lupa makan minum, lalu jatuh sakit, itu kira dalam mudarat juga kan? Atau yang lebih teruk, leka mengejar, sampai terlupa tengok kiri kanan, Bamm! Kemalangan! Itu juga dalam kategori mudarat. Betul tak? Ke aku salah? Kalau salah, betulkan yer.

Yang sebenarnya, luas pemahaman ayat mudarat ni. Terpulang kepada individu itu sendiri untuk faham ya! Baiklah, kita cuba bincangkan, aku tulis bincang ya! Sebab aku menulis dengan pendapat aku. Mungkin kita berbeza pendapat, jadinya kita boleh kongsi pendapat dan mungkin ilmu kita bersama. Aku lebih suka menulis mengenai keburukan Pokemon go.

Keburukan Pokemon Go.

Awal pagi tadi, dalam group WhatsApp, ada sedikit perbalahan pendapat mengenai permainan ini. Biasalah, pihak yang suka main, dah tentulah pertahankan “hak” mereka. Begitulah sebaliknya. Mereka yang suka main Pokemon Go ni, mempertikaikan bahawa, jika Pokemon Go yang dikatakan boleh mengugat keselamatan negara, bagaimana pula dengan google maps dan waze? Ini adalah kerana, katanya, kedua-duanya juga merakam segala yang ada di mana-mana muka bumi ini.

Mengenai hal ini, aku sedikit kurang setuju. Ini adalah kerana, kedua-dua aplikasi tersebut, tidak membenarkan rakaman bahagian dalaman sesuatu tempat ataupun ada ruang-ruang yang tidak boleh dirakam. Berbeza dengan permainan pokemon go ini. Ianya merakam hampir, hampir setiap ruang dalam rumah, kedai, masjid, pasaraya ataupun, ruang-ruang yang tidak boleh dimasuki oleh google maps dan waze.

Ini adalah kerana, kita perlu bergerak ke mana sahaja jika aplikasi pokemon go ini memberitahu lokasi di mana berada nya pokemon yang perlu di tangkap. Persoalan sekarang, bagaimana pula kalau ada anggota keselamatan negara yang main permainan ini? Sebagai contoh, askar. Kalau dia main dalam kem tersebut? Bukankah segala ruang di dalam kem tersebut dapat dirakam? Berbanding dengan aplikasi google maps dan waze tadi?

Sekali lagi ini adalah pendapat aku semata-mata.

Aku hanya melihat kepada Keburukan Pokemon Go. Dan segala yang dinyatakan di atas adalah kerisauan mungkin bukan pada aku sahaja, malahan ada dari kalangan kita semua. Aku percaya, aku bercakap kerana aku bukanlah seseorang yang suka main game. Sudah pasti mereka yang suka main game tidak akan bersetuju dengan pendapat aku ini.

Sekali lagi, ini adalah pendapat aku semata-mata. Kalian pasti punya pendapat kalian sendiri. Dan aku bersetuju dengan rakan-rakan lain yang mengatakan Pokemon Go yang dikatakan boleh mengugat keselamatan negara ni. Bagaimana pula dengan pendapat kalian semua?

You Might Also Like

2 comments

  1. mungkin bukan kselematan negara, tapi keselamatan rakyatnya

    BalasPadam
  2. bukan setakat keselamatan negara tapi merosakkan negara! 😠

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email