Percutian mewah di moonshadow villa, Ko Samui. - ceritaejoy

Percutian mewah di moonshadow villa, Ko Samui.

7:44 PTG

www.ceritaejoy.com

Percutian mewah di moonshadow villa, Ko Samui | Bila idea menulis hilang, kita beralih arah pada penulisan percutian pula ya! Yang sebenarnya, aku memang suka dengan rekabentuk dan lokasi percutian tepi pantai, atas bukit atau tengah hutan ni. Atas alasan itulah, lahirnya blog Kongsideas. Orait, kali ini, kita terbang ke pulau ko samui, Thailand untuk tengok-tengok lokasi percutian mewah ini. Jom ke moonshadow villa!

Jarak perjalanan dari malaysia ke pulau ko samui ini tidaklah jauh mana. Jika menggunakan kapal terbang, masa yang di ambil Cuma 1 jam 40 minit. Berbeza pula bagi mereka yang ingin merasai nikmat perjalanan jauh. Masa yang di ambil untuk sampai ke pulau ini menggunakan kenderaan darat adalah 12 jam 38 minit! Itu melalui peta. Belum campur tolak masa kesesakan ya! ala, balik kampung time raya pun kadang-kadang ambil masa macam ni kan? Hehehe.

www.ceritaejoy.com

www.ceritaejoy.com

www.ceritaejoy.com


Baiklah! Apa yang ada di moonshadow villa, Ko Samui ni? Pernah memenangi World Boutique Hotel Award for South East Asia's Best Honeymoon Hideaway 2015, sudah semestinya pemandangan yang sangat indah dan gaya hidup mewah tak ubah seperti gaya kehidupan para jutawan! Menginap di sini, sudah pastinya mampu menghilangkan segala kepenatan dan masalah kehidupan! Lepas habis bercuti tu, tak pasti lah ye! Hahaha.

Baiklah! Moonshadow villa, Ko Samui dilengkapi dengan 4 bilik tidur, kolam renang bersaiz infiniti *wow!!*, 3 “pavilions” yang menghadap ke ke laut Kristal, taman-taman tropika dan pelbagai lagi pemandangan di luar pemikiran kita! wow! Villa ini juga menyediakan ruang berjemur gergasi! Yang memberikan 180 darjah pemandangan laut! Uiii! Memang betul-betul rasa mewah ni!

www.ceritaejoy.com

www.ceritaejoy.com

www.ceritaejoy.com


Jadinya, kalau nak bercuti di moonshadow villa yang terletak di atas bukit Chaweng Noi ni, kenalah tempah awal-awal kerana ianya nya sentiasa penuh! Ruang terhad dengan privasi percutian mewah, sudah semestinya menjadi pilihan ramai! Berbaloi rasanya “pelaburan” yang anda keluarkan jika bercuti di sini bersama rakan-rakan atau mereka yang tersayang. Hehe.

www.ceritaejoy.com

www.ceritaejoy.com

www.ceritaejoy.com

www.ceritaejoy.com

www.ceritaejoy.com

Orait! Berminat? Tak jauh pun dari malaysia ni. Kalau berminat, sila lah ke laman web moonshadow villa dan tempah sekarang! Kalau pun ianya menjadi lokasi percutian mewah yang pertama dan terakhir buat anda, ianya pasti salah satu kenangan paling mahal dalam hidup anda. yeah! Aku ni, berdoa juga. Kalau-kalau dapat peluang bercuti di sini. Hehehe.

You Might Also Like

2 comments

  1. cantek giler view tempat dia..view pon nice kot!

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup..tapi harganya pun boleh tahan..hehehe

      Padam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email