Penggal kepala nenek sendiri, kegilaan apakah ini?? - ceritaejoy

Penggal kepala nenek sendiri, kegilaan apakah ini??

1:10 PTG


Sumber : Harianmetro

Penggal kepala nenek sendiri, kegilaan apakah ini?? | Seram sejuk aku baca berita hari ini. Berikutan penangkap suspek yang memenggal kepala nenek nya sendiri. Bukan setakat itu sahaja. Kedua-dua kaki dan tangan juga di potong! Kegilaan apakah ini? Gila tahap level berapa ni?? Mulanya macam tak percaya, ianya berlaku di negara kita, tapi bila baca balik, ya! Kejadian penggal kepala nenek ini berlaku di negara kita, malaysia!

Nampaknya, makin ramai manusia gila dekat sekeliling kita. Macam-macam kejadian pelik dan ngeri berlaku dalam negara kita ni. Menakutkan! Suspek pembunuhan ni baru berusia 19 tahun! Mudanya! Tengok pada umur dia, muda lagi dah gila! Itu yang aku cakap, manusia sekarang ni dah ramai yang gila. Silap-silap dekat sekeliling kita pun ada manusia gila ni!

Bila berlaku kejadian penggal kepala nenek ni, confirm! Tak makan ubat dan ada masalah gangguan mental. Bayangkanlah, penggal kepala, potong kedua-dua tangan, lepas tu potong kedua-dua kaki, tubuh kat dapur, kepala kat depan rumah! Woi!! Ngerinya! Mimpi ngeri seumur hidup! Tak kan manusia biasa sanggup buat macam tu? Mustahil! Hanya manusia yang tak punya perasaan sahaja tergamak buat macam tu!


Aku sentiasa berdoa agar dijauhkan dari semua perkara yang tidak di ingini seperti ini. Baik diri sendiri dan keluarga, semoga semuanya di jauhkan daripada perkara semacam ini. Mungkin inilah yang dimaksudkan dengan kata-kata, bila tiba akhir zaman, ramai manusia yang gila! Allahurabbi. Jauhkanlah kami dari semua ini. amin. Amin. Amin ya rabb.

Kota Tinggi: Suspek lelaki yang juga cucu kepada nenek berusia 76 tahun yang maut dipenggal kepalanya di FELDA Pengeli Timur dekat Kulai, petang semalam ditahan reman tujuh hari hingga Selasa ini.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Pendaftar Mahkamah Majistret Kota Tinggi, Hairul Azhar Mohamad bagi membolehkan siasatan dibuat terhadap suspek yang berusia 19 tahun itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Suspek yang berpakaian lokap berwarna jingga itu tiba di mahkamah kira-kira jam 8.45 pagi menaiki trak polis.

Malam tadi, suspek berjaya diberkas kira-kira jam 8.30 malam dalam ladang sawit berhampiran lokasi kejadian, selepas dia melarikan diri sejurus kejadian.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang, suspek disyaki memenggal kepala neneknya dikenali sebagai Maimon Abdul Samad, sebelum warga emas itu ditemui dalam keadaan mengerikan.

Kepala mangsa ditemui di hadapan pintu masuk rumah, manakala tubuhnya berada di ruang dapur di bawah singki.

Kedua-dua kaki mangsa dipotong di bahagian peha tetapi tidak putus dan kedua-dua tangan dipotong, namun hanya sebelah kirinya masih berada di sisi tubuhnya.

Suspek yang tidak bekerja itu dipercayai mengalami gangguan mental serta tidak makan ubat sejak beberapa bulan yang lalu.

Hasil siasatan awal mempercayai senjata yang digunakan suspek adalah sebilah pisau berukuran kira-kira 15 hingga 18 sentimeter dan ditemui di dalam pasu bunga di luar rumah.

Sumber : Harianmetro

You Might Also Like

2 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email