Pengasas pasaraya Terbesar Mydin Meninggal dunia. - ceritaejoy

Pengasas pasaraya Terbesar Mydin Meninggal dunia.

8:12 PG

www.ceritaejoy.com

Pengasas pasaraya Terbesar Mydin Meninggal dunia | Rasanya, semua tahu mengenai pasaraya besar ni, Mydin. Dekat mana-mana pun ada. Ia di antara jenama muslim yang berjaya berada setaraf dengan jenama antarabangsa yang lain di malaysia. Semalam, pengasas kepada jenama besar ini, telah kembali ke rahmatullah. Marilah kita sama-sama menyedekahkan pahala Al-fatihah kepada arwah. Semoga Roh Mydin Mohamed Ghulam Hussein ditempatkan dikalangan orang-orang yang dikasihi Allah. Baca lanjut.

KUALA LUMPUR: Pengasas rangkaian pasar raya besar tempatan, Mydin Mohamed Holdings Bhd (Mydin), Mydin Mohamed Ghulam Hussein meninggal dunia akibat sakit tua di Hospital Pantai, di sini, petang tadi. 

Allahyarham berusia 88 tahun menghembuskan nafas terakhir di hospital berkenaan pada jam 5.06 petang. 

Anak kedua Allahyarham yang juga Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin, berkata bapanya dimasukkan ke hospital terbabit kira-kira jam 5 petang hari sama selepas muntah darah di kediamannya. 

"Pagi tadi, arwah bapa kelihatan seperti biasa. Arwah pergi ke pasar raya Mydin di Jalan Masjid India, seperti biasa dan pulang ke rumah selepas waktu Zohor. 

Selepas itu arwah rehat di rumah, namun dia terjaga dan terus muntah darah. "Ahli keluarga lain yang berada di rumah terus membawa bapa ke Hospital Pantai sebelum doktor mengesahkannya meninggal dunia," 

katanya ketika dihubungi. Ameer berkata, arwah bapanya menghidap penyakit diabetes, namun tidak serius dan sering melakukan pemeriksaan kesihatan di hospital. 

Katanya, Allahyarham meninggalkan seorang balu, Rowshan Bhai dan tujuh orang anak. "Jenazah bapa akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara Rabu ini selepas solat Zohor kerana terpaksa menunggu kepulangan dua adik perempuan esok yang kini berada di luar negara," katanya.

You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email