Menulis untuk hari esok. - ceritaejoy

Menulis untuk hari esok.

8:44 PG

www.ceritaejoy.com

Menulis untuk hari esok | Kadang-kadang, aku terfikir juga. Setiap kali aku tengok keyword yang melekat kat blog ceritaejoy, semuanya keyword lama. Maksudnya, bukan keyword blog dari penulisan yang baru. Semua berkaitan artikel lama yang aku tulis dulu. Yang sebenarnya, dah lama nampak, tapi baru sekarang ni rasa lebih jelas. Hehehe. Blogger, anda menulis bukan untuk hari ini sahaja, tapi bagi kegunaan masa mendatang.

Sebab itulah, kita tengok otai-otai blogger malaysia ni, mereka rilek je walaupun tak update blog. Trafik yang masuk masih lagi ratusan ribu. Kita yang blogger picisan ni, lebih-lebih lagi, bukan blogger sepenuh masa, walaupun menulis sampai 3 artikel 1 hari, trafik yang masuk ciput-ciput je. Adoi! Walaupun dah pos entry kita tu ke 10 group blogger di facebook. Sedihnya! Huk huk huk.

Tapi sebagai motivasi kepada diri, aku selalu cakap dengan diri sendiri. Top-top blogger pun, mereka bermula dengan yang kecil dahulu. Aku pasti, pada awalan mereka bermula sebagai blogger, takda orang kenal pun. Berpandukan kepada ilmu dan usaha, mereka bermula sedikit demi sedikit sehinggalah berjaya seperti sekarang. Tak gitu? Tak percaya, tengok berapa banyak artikel yang mereka dah tulis. Sebab tu, tak hairan lah banyak keyword yang melekat kat blog mereka.

Satu lagi, teknik Seo dalam penulisan. Ini pun penting juga. Menulis pun ada cara yang betul. Ada juga blogger yang menulis ikut kehendak diri mereka sahaja. Pun boleh juga, dah blog tu kamu punya, tak gitu? Hahaha. Yang aku maksudkan adalah, mereka yang inginkan penulisan mereka di cari orang sepanjang masa. Yang mahukan trafik ribu-ribu atau lebih dari itu walaupun tak menulis selama 3 hari. Ha! Nak?

Kalau nak, mulalah menulis dengan cara yang betul. Masukkan keyword-keyword yang orang cari. Kebolehan memikirkan apa yang orang cari dekat internet pun 1 kelebihan kepada blogger. Aku kerap juga cari info dekat internet ni, tapi bila masuk bab menulis, aku jadi blur. Tak tahu nak masukkan keyword apa. Hahahaha. Jadinya, aku main tulis jelah apa yang lalu dekat minda aku ni.

Haip! Pagi-pagi macam tu, permulaan kepada hari baru dalam bulan Ogos 2016, kenalah ada target yang baru. Yang sebenar nya, setiap bulan ada target, tapi masih belum capai. Tanggal 1 ogos 2016 ni, aku set target yang baru. Semoga aku berjaya capai dalam bulan ni. insyaAllah. Aku doakan juga, apa yang kalian harap kan, menjadi mudah dan tercapai. insyaAllah. Amin.

You Might Also Like

4 comments

  1. MENULIS SEKADAR BERKONGSI CERITA, JIKA ADA SUDI MEMBACA JM CUKUP RASA BERSYUKUR...

    BalasPadam
    Balasan
    1. lain pula pada saya..menulis kerana ada sesuatu yang saya cari..hehehe

      Padam
  2. betul.kalau nak trafik tinggi kena main dengan seo. tpi sye ni pun picisan jugak. blog untuk suka suka ja

    BalasPadam
    Balasan
    1. tapi kan, kalau nak di ikutkan, senang je sebenarnya teknik Seo ni. Masukkan keyword tu pada permulaan, tengah dan pengakhiran cerita. tapi disebabkan malas, itu yang tak guna teknik seo dalam blog tu. hahaha

      Padam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email