Pengalaman pertama melaman ayam hutan & cerita keramat jin. - ceritaejoy

Pengalaman pertama melaman ayam hutan & cerita keramat jin.

8:59 PG

www.ceritaejoy.com

Pengalaman pertama melaman ayam hutan | Minggu lepas * semalam* aku tak kerja. Saja je ambil cuti setelah kerja tidak henti selama berbulan lamanya. Jadinya masa yang ada kenalah manfaatkan dengan sebaiknya. Sekarang aku ada hobi baru. Bela ayam hutan! Walaupun bukan original, tapi kepuasan itu ada. Dan semalam, aku berpeluang ikut beberapa rakan yang aku kenal, pergi melaman!

Maksud melaman ayam hutan.

Pada mulanya, aku memang tak tahu, apa tu melaman. Kenapa guna istilah melaman. Sebelum aku cerita panjang, kena juga beritahu. Ayam hutan asli adalah di bawah kawalan perhilitan ya! Ini bermakna, menangkap dan memelihara ayam hutan asli adalah satu kesalahan. Walau bagaimanapun, jika ada berminat untuk memelihara, bolehlah memohon lesen daripada pihak perhilitan. Tapi susah lah ayam hutan original ni nak hidup. Peratusan untuk mati jika dipelihara di dalam sangkar adalah amat tinggi.

Baiklah. Susah sebenarnya nak jumpa ayam hutan original ni. kebanyakkannya dah kacuk dengan ayam peliharaan orang kampung yang tinggal berdekatan hutan. Kata orang, ayam yang ada dekat kebun kelapa sawit tu, bukan ayam hutan original lah! Walau macam mana pun, bukan mudah nak tangkap ayam tu yer!

Peluang mengikut orang kampung berdekatan taman aku ni adalah 1 peluang keemasan bagi aku. Yelah, aku membesar dalam kem, mana ada peluang nak belajar semua ni. Masuk hutan untuk memburu pun tak pernah dalam seumur hidup aku. Inilah pertama kali aku belajar. Sesuatu pengalaman yang paling bermakna buat aku sebenarnya.

Orang kampung ni, macam-macam ilmu hutan diorang ada. Tak rugi kalau nak belajar. Aku cuba share beberapa pengalaman aku *yang aku belajar dari mereka*, mana tahu kalau-kalau korang pun nak belajar sama. Hehe. Baiklah, perkara pertama yang mereka suruh aku buat adalah, bawak benda tajam macam parang atau pisau.

Benda tajam tu pulak kena sentiasa berada di sisi kita. Mereka letak kat tepi pinggang, ala, masukkan je dalam bahagian tali pinggang tu. Aku? Aku selit kat belakang. Maksudnya, sarung pisau aku tu, tercucuk-cucuklah dengan punggung aku *kalau aku berjalan* ahahaha. Geli pun ada! Hahahaha. Ingat nak pegang je, tapi rasa macam pendekar la pulak. Pendekar pegang keris, aku pegang pisau. Macam tak sesuai.

Ish! Lupa pulak nak kasi tau, apa maksud melaman. Melaman bermaksud memikat ayam hutan. Dalam bahasa mudah, kita masuk tempat ayam hutan tu, letak denak, dan kalau ada ayam hutan yang masuk dan berlawan dengan denak kita, maka, dapatlah ayam tu. Ha, korang faham tak? kalau tak faham, nanti tanya dekat bahagian komen ye! Hehe.

Terus terang aku cakap, aku takut masuk hutan! Aku takut jumpa yang bukan-bukan kat dalam hutan tu! Kalau jadi apa-apa macam mana? Walaupun bukan hutan tebal, kebun kelapa sawit je pun, tapi jauh ke dalam kut aku masuk semalam. 1 orang pun aku tak jumpa kat dalam tu. Sunyi sepi! Anjing banyak gila! Macam-macam bunyi ada. Sumpah aku takut! Hahahaha.

Banyak pantang larang sebenarnya kalau nak mikat ayam hutan ni. Salah satunya, yang aku belajar la. 
Kalau masuk hutan, nampak ayam terbang lintas kita, jangan kejar, sebab? Takut kita sesat tak jumpa jalan keluar je. Itu yang diorang cakap dengan aku. Kemudian, kalau ayam tu kokok atas busut, jangan tangkap ayam tu, biarkan je. Part tu aku tak pasti, tapi itulah pesan diarang. Lagi? Bila kita rasa sesuatu yang tak kena dekat ayam tu. Contohnya, bila dapat ayam hutan tu, kita pegang dan rasa semacam, lepaskan semula ayam tu. Ish! Dah susah-susah tangkap, tak kan nak lepaskan? Tapi itu pesan mereka.

Yang paling aku ingat, bila mereka pesan, niat kena betul. Macam mereka, masuk hutan sebab nak tangkap ayam hutan tu, untuk cari rezeki untuk anak-anak. Bukan nak banyak pun, kadang dapat seekor, dah bersyukur dah. Tak rasa nak tangkap banyak-banyak pun. Hmm, jauh ke dalam hutan kelapa sawit tu, dapat seekor, dah cukup, terus balik.

Macam cerita semalam, tiada rezeki diberikan. Pulang dengan tangan kosong. Tak berpeluang lah aku nak tengok cara mereka tangkap ayam hutan tu. Kalau dapat semalam, mesti lebih panjang cerita aku ni. hehehe. Tapi kan, waktu duduk-duduk rehat semalam *masih dalam hutan tu*, mereka ada borak-borak. Lupa nak beritahu, dalam group tu, ada yang dah berusia, rasanya dalam 40-50an. Macam tu la.

Aku tertarik dengan cerita “keramat jin”! Dengar macam seram, boleh pulak dia cerita kat dalam tu. Hish! Pakcik tu cerita, dekat area situ *tapi aku tak pasti dekat mana* ada 1 paya yang di dalamnya ada ikan haruan yang besar! Peliknya ikan haruan tu, dia ada tindik dekat mata dan matanya berkelip! Ha?? Mata ikan berkelip?

Fikir-fikir logic, mata ikan berkelip ke? Memang tak lah kan? Cerita pakcik tu panjang. Aku ingat cerita dia, tapi aku rasa, macam dah panjang aku tulis ni. Dah 700 lebih perkataan. Jadinya, aku sambung jelah cerita dia dekat entry lain ye! Nak cerita pasal melaman ayam je, tapi merapu ke cerita lain. Hahahahaha.

You Might Also Like

3 comments

  1. abah saya memang kerap melaman.kalau nak raya tu dia kumpul ayam hutan untuk dijadikan juadah istimewa.memang sedap.dan abah saya juga pernah membela seekor ayam hutan.ayam tu cantik, jinak, tapi dah dicuri orang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ayam hutan ori ke? kalau ori, susah sikit nak jinak kan? liar dia semacam. hehehe

      Padam
  2. ayam hutan yang dikacuk denga ayam serama..tapi sebijik ayam hutan.bulu berkilat..alahai..teringat-ingat pula si ayam tu..
    komen tu saya la yg tulis...tak perasan jadi cik anon

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email