Lee chong wei di antara 20 Athlete Olympic Games Rio Terkaya dunia - ceritaejoy

Lee chong wei di antara 20 Athlete Olympic Games Rio Terkaya dunia

1:52 PTG

www.ceritaejoy.com

Lee chong wei di antara 20 Athlete Olympic Games Rio Terkaya dunia | Timbul pula rasa bangga dalam diri, ada atlet kita yang tersenarai dalam 20 atlet olimpik terkaya. Mulanya aku baca tu, sekadar nak tahu je *walaupun hampir kebanyakkan dari mereka aku tak kenal pun *sebab tak minat sukan kan?*. Tapi bila sampai ke no 20, eh! Ada atlet malaysia yang tersenarai? Wah! Hebat! Patutlah orang cakap, main sukan pun boleh jadi jutawan kan? Kalau nak tengok jutawan yang akif bersukan, tu, layan je Olympic Games Rio 2016. Ramai jutawan kat dalam sukan terbesar dunia tu. Hehe. Lee chong wei di antara 20 Athlete Olympic Games Rio Terkaya dunia.

Sebelum aku cerita lebih lanjut, sekalung tahniah buat atlet badminton rio 2016 kerana berjaya menghadiahkan pingat perak buat negara. Malaysia kini menduduki tangga ke 56 dengan 2 perak & 1 gangsa. Baiklah, buat pengetahuan semua, badminton kini disenaraikan di antara sukan paling popular selepas bola sepak. Ini adalah kerana, terdapat beberapa atlet daripada sukan badminton yang tersenarai dalam 20 Athlete Olympic Games Rio Terkaya dunia.

Berikut adalah 20 Athlete Olympic Games Rio Terkaya dunia!

Athlete wanita terkaya.


Serena Williams.

Nilai kekayaan : $ 150 Juta
Sukan : Tenis
Negara : Amerika Syarikat.

Serena Williams menduduki tangga pertama atlet wanita terkaya selepas menandatangani perjanjian penajaan oleh Nike sebanyak $40 juta pada tahun 2004!

Venus Williams

Nilai kekayaan : $ 75 Juta
Sukan: Tennis
Negara: Amerika Syarikat

Pemain berusia 36 tahun ini telah memenangi “21 Grand Slams” , memulakan syarikat pakaian sendiri, dan menandatangani tawaran dengan jenama seperti Kraft dan Wilson.

Saina Nehwal

Nilai kekayaan : $ 24 Juta
Sukan: Badminton
Negara: India

Mendapat gelaran "The Darling Daughter Of India” oleh Perdana Menteri Narendra Modi, pemain badminton berusia 26 tahun ini diiktiraf sebagai atlet wanita paling berjaya sepanjang zaman. Nehwal mewakili pelbagai jenama India dan antarabangsa.

Caroline Wozniacki

Nilai kekayaan : $ 20 Juta
Sukan: Tennis
Negara: Denmark

Atlet ini memperoleh banyak penajaan dari syarikat besar seperti Rolex, Proactive, Adidas, dan Sony.



Agnieszka Radwanska

Nilai kekayaan : $ 14.7 juta
Sukan: Tennis
Negara: Poland

“The Professor” adalah nama gelaran yang diberikan kepada beliau kerana kehebatan beliau ketika berada di gelanggang.

Jelena Jankovic

Nilai kekayaan : $ 15 Juta
Sukan: Tennis
Negara: Serbia

“Musuh” kepada Serena ini telah meraih lebih daripada $ 18 juta  sejak dia mula bermain secara professional pada tahun 2000.

Ana Ivanovic

Nilai kekayaan : $ 15 Juta
Sukan: Tennis
Negara: Serbia

Memenangi beberapa kemenangan besar pada terbuka perancis dan tajaan oleh beberapa syarikat seperti Adidas dan Rolex.

Garbine Muguruza

Nilai kekayaan : $ 12 Juta
Sukan: Tennis
Negara: Sepanyol

Mula bermain secara profesional pada 2012. Atlet ini disenaraikan sebagai 14th most marketable athlete in the world!

Inbee Park

Nilai kekayaan : $ 9 Juta
Sukan: Golf
Negara: Korea Selatan

Pasti ramai yang tidak tahu bahwa Korea Selatan menguasai sukan golf wanita. Pemain berusia 28 tahun itu kini menetap di California dan telah berjaya memenangi 25 kemenangan kejohanan professional.


Eugenie Bouchard

Nilai kekayaan : $ 7 Juta
Sukan: Tennis
Negara: Kanada

Atlet ini banyak menerima tajaan daripada jenama Coca-Cola dan Nike.

Athlete lelaki terkaya.

Novak Djokovic

Nilai kekayaan : $ 160 Juta
Sukan: Tennis
Negara: Serbia

Pemain berusia 29 tahun ini adalah atlet pertama berjaya meraih hadiah kemenangan lebih daripada $ 100 juta! Atlet ini juga menandatangani Kontrak dengan Uniqlo, head, dan Adidas dan mempunyai perniagaan sendiri serta hartanah di negara asalnya.

Rafael Nadal

Nilai kekayaan : $ 120 Juta
Sukan: Tennis
Negara: Sepanyol

“The King of Clay” ini mendapat tajaan daripada Nike, Kia, dan Tommy Hilfiger.

Kevin Durant

Nilai kekayaan : $ 120 Juta
Sukan: Bola Keranjang
Negara: Amerika Syarikat

Forbes menganggarkan, nilai kekayaan Durant akan mencecah $ 300 juta menjelang 2024. Atlet ini mendapat tajaan daripada Nike, Gatorade, dan Degree.

Carmelo Anthony

Nilai kekayaan : $ 90 Juta
Sukan: Bola Keranjang
Negara: Amerika Syarikat

Carmelo menandatangani kontrak selama 5 tahun berjumlah $124 million bersama Knicks pada tahun 2014.

Neymar

Nilai kekayaan : $ 75 Juta
Sukan: Bola Sepak
Negara: Brazil

Pemain berusia 24 tahun ini merupakan pemain bola sepak yang menerima bayaran tertinggi keempat di dunia. Memperolehi kira-kira $ 28 juta daripada kontrak dan penajaan beliau setiap tahun. Neymar terkenal dengan tabiat suka berbelanja mewah, dan baru-baru ini membeli kapal layar bernilai $ 15 juta dan memerlukan $ 500,000 setahun untuk proses penyelenggaraan.

Andy Murray

Nilai kekayaan : $ 70 Juta
Sukan: Tennis
Negara: Great Britain.

Memperolehi kemenangan dalam Wimbledon, pemain berusia 29 tahun ini juga mendapat penajaan daripada Under Armour, Jaguar, and Evian.

Pau Gasol

Nilai kekayaan : $ 65 Juta
Sukan: Bola Keranjang
Negara: Sepanyol

Gasol mendapat tawaran kontrak yang lumayan daripada Grizzlies, Lakers, Bulls, dan sekarang the Spurs.

DeMarcus Cousins

Nilai kekayaan : $62 Million
Sukan: Bola Keranjang
Negara: Amerika syarikat

Michael Phelps

Nilai kekayaan : $ 55 Juta
Sukan : Kolam
Negara: Amerika Syarikat

Hanya 2% daripada nilai bersih Phelp datang dari hadiah pertandingan. Selebihnya adalah tawaran penajaan dengan Under Armour, Visa, dan banyak lagi. Itulah sebabnya kejayaan Phelp di Rio begitu penting untuk pendapatan jangka panjang beliau.

Lee Chong Wei

Nilai kekayaan: $ 45 Juta
Sukan: Badminton
Negara: Malaysia

Inilah atlet kebanggaan negara kita, malaysia! Memegang gelaran pemain no 1 dunia selama 4 tahun dan dikatakan atlet asia yang memperolehi bayaran paling tinggi. Tahniah kepada Lee Chong Wei!

You Might Also Like

2 comments

  1. tahniah Lee Chong Wei kerana tersenarai dalam senarai 20 atlet sukan Olympik Rio terkaya di dunia.. dalam kebanyakkan yang tersenarai tu, atlet sukan tenis yang menguasai senarai..

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email