Kepala dah fikir cuti jer. - ceritaejoy

Kepala dah fikir cuti jer.

2:39 PTG

www.ceritaejoy.com

Kepala dah fikir cuti jer | Esok cuti merdeka! Dah lama rasanya tak cuti ni selepas kerja tidak henti-henti selama berbulan lamanya. Masa untuk diri sendiri dan keluarga pun kurang sejak kebelakangan ni. Bila dapat cuti macam ni, aku hanya ingin rehat yang cukup sahaja. Bangun tidur lewat. Kemudian bermain dengan anak-anak. Kemudian sambung tidur dan tidur. Hahaha.

Tarikan sewaktu perayaan kemerdekaan negara adalah perbarisan. Kalau zaman muda-muda dulu, memang banyak lah aktiviti malam merdeka. Konvoi, bergelak ketawa dengan rakan, sambutan ambang merdeka, macam-macam lah! Tapi bila dah bergelar bapa ni, semuanya kenalah berubahkan. Kita kena jadi contoh pada anak-anak.

Bila dah bergelar ibu bapa ni, anak-anak lah yang menjadi keutamaan. Seronok mereka, seronok lah kita. Kadang bawa mereka tengok bunga api, dah cukup seronok dah. Kalau aku, tengok bunga api tu sesuatu yang membosankan. Hahaha. lain orang lain keseronokan nya, betul tak? Aku lebih suka tengok “kenderaan” malam merdeka. Lain macam bentuk nya. Hihihi.

Yang sebenarnya, aku tak tahu nak tulis apa ni. Sebab kepala aku dok fikir nak cuti esok je ni. Dah penat rasanya kerja tanpa henti. Memang ada juga terfikir, sampai bila nak kerja macam ni, tapi apakan daya, ada perut yang perlu diisi, kenalah berkorban untuk mereka, betul tak? Kalau kita belum berkeluarga pun, ada ibubapa, adik beradik yang perlu kita tanggung.

Bila tengok PV blog ceritaejoy, secara jujurnya aku masih berada pada taraf bawahan. Masih belum cukup, masih belum kuat untuk berada pada tahap yang aku inginkan. Usaha buat duit dengan adsense masih lagi berterusan. Biarpun nilai sehari yang aku perolehi kecik, namun ianya masih dengan usaha. Belum nak menyerah kalah lagi, insyaAllah.

Apa pun, aku kena terus menulis. Sebabnya, bila tak menulis, earning adsense aku tak naik. Macam itu je. Dan walaupun aku menulis tanpa ada sebab musabab macam ni, jumlah adsense aku masih juga menaik, walaupun tak banyak, tapi menunjukkan peningkatan. Bukankah ianya lebih baik daripada tiada apa-apa. Kan? Arghhh! Kepala dari awal tadi asyik fikir cuti je ni. Rasa macam nak tidur pun ada ni. Ish!

You Might Also Like

2 comments

  1. singgah pagi...🌹
    bila tgk gambar tu...
    teringat,ada seketika dlu...
    xde tempat nak beratur (waktu rehat hari jumaat),
    bentang kain bawah meja...tidur..hahaha... :P

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email