Kenapa athlete kolam renang basahkan badan mereka selepas keluar dari kolam? - ceritaejoy

Kenapa athlete kolam renang basahkan badan mereka selepas keluar dari kolam?

9:17 PG

www.ceritaejoy.com

Kenapa athlete kolam renang basahkan badan mereka selepas keluar dari kolam? | Fuh! Susah juga sebenarnya aku beritahu dalam bahasa melayu ni. Kalau dalam bahasa inggeris, diorang cakap “ Why divers shower right after getting out of the water”. Ala, disebabkan blog ceritaejoy menggunakan bahasa melayu sepenuhnya, aku cubalah tukarkan bahasa tu dalam bahasa yang aku dan semua orang faham. Ok? Baiklah, kenapa atlet kolam renang akan basahkan badan mereka selepas keluar dari kolam? Apa tak cukup ke air kat dalam kolam tu?

Aku pasti semua orang perasan benda ni. Dan aku sangat pasti, tak semua orang tahu kenapa atlet ni basahkan badan mereka selepas keluar dari kolam renang. Hello! Diorang tu bukan suka-suka nak basahkan badan ya! Semuanya bersebab. Sekali lagi, bersebab. Fikir logiklah kan, dah duduk lama dalam air, kenapa bila keluar dari air, nak kena mandi/basahkan badan pulak kan?

Aku pasti, mesti ada yang cakap badan mereka melekit. Tak pun sebab klorin air kolam tu yang tinggi. Mulanya, aku pun fikir macam tu jugak, tapi sangkaan aku tidak benar sama sekali! Salah! Hey, salah la jawapan korang tu. Hahaha. Ok, aku nak tanya korang, Sebab apa, dalam beberapa edisi sukan besar, kita cerita pasal Olympics ya.

Ni tengah berlangsung olympic games rio 2016, rasanya takda, tapi dalam edisi sukan Olympic yang lain, sukan air ada sediakan kolam air panas dan atlet ni lepas keluar je dari kolam, dok berjemaah dalam kolam air panas tu. Ha, kenapa? Dah dapatkan jawapan dia? Kalau dah sebut air panas, mestilah nak sejukkan badan, betul tak? Tapi, macam mana pulak dengan yang takda kolam air panas tu? Ha, kenapa? Kenapa?

Jawapan kepada persoalan Kenapa athlete renang & terjun basahkan badan mereka selepas keluar dari kolam *Why divers shower right after getting out of the water* adalah kerana atlet ini cuba untuk memanaskan kembali tubuh dan otot mereka. Kebiasaannya, suhu kolam air adalah sekitar 77 hingga 82 degrees. 

Suhu di luar kolam pula adalah lebih kurang sama atau kadang-kadang sejuk. Bagi mengelakkan atlet mengalami kekejangan otot selepas keluar dari kolam, mereka akan basahkan tubuh mereka sebaik sahaja keluar dari kolam renang.

Ha! Sekarang dah faham kan kenapa atlet sukan air akan basahkan badan mereka selepas keluar dari kolam? Kalau mereka tak basahkan badan mereka, mereka bakal berhadapan dengan masalah kekejangan otot sekaligus akan merencatkan persembahan mereka di dalam acara seterusnya. 

Hehehe. Kadang benda nampak macam biasa je kan? Tapi punya makna yang besar buat mereka! Tahniah kerana kalian dan aku baru sahaja dapat ilmu baru. Hehe.

You Might Also Like

3 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email