Kanak-kanak perempuan yang diculik di miri ditemui selamat! - ceritaejoy

Kanak-kanak perempuan yang diculik di miri ditemui selamat!

11:11 PG

www.ceritaejoy.com

Kanak-kanak perempuan yang diculik di miri ditemui selamat! | Baru awal pagi tadi aku bercerita pasal anak syurga yang ditemui mati kerana dibunuh oleh saudara terdekat, dan sekejap tadi, waktu belek-belek laman muka buku, aku terbaca pula berita mengenai penemuan kanak-kanak perempuan yang diculik di dalam belukar! Suspek yang ditangkap membawa polis ke lokasi kanak-kanak malang ini!

Hati keluarga mana yang sanggup melihat anak mereka diperlakukan sedemikian rupa? Bertuahnya anak ini kerana dipertemukan masih di dalam keadaan bernyawa! Namun, nasib dirinya yang ditinggalkan di dalam keadaan seperti itu? Macam mana kalau ada binatang berbisa? Perut yang lapar? Di dalam keadaan yang semestinya gelap dan jauh daripada orang?

Apa yang manusia itu mahu? Mereka anak kecil! Apakah yang mendorong mereka untuk melakukan perkara yang haiwan sendiri tak akan buat! Semuanya kerana duit! Duit yang mampu mengubah hati manusia menjadi lebih kejam dari haiwan! Daripada berita yang aku baca, suspek yang melakukan hal itu adalah penagih dadah! Dan mengalami masalah kewangan!

Nampak tak keburukan dadah tu? Nampak tak? Kerana najis dadah tu, manusia sanggup membunuh, merompak, macam-macam! Mereka tak kira, anak kecil ke, orang tua ke, asalkan apa yang mereka mahukan, mereka akan dapat. Mereka sanggup buat apa sahaja! Mereka tak akan pernah fikir, payah jerih keluarga yang mahu membesarkan anak-anak ni. Mereka tak akan pernah berfikir, kesengsaraan yang akan di tanggung ibu bapa jika apa-apa berlaku kepada anak mereka. Mereka tak akan pernah fikir pasal benda tu!

Jadi siapa yang perlu fikir pasal benda ni? Tak lain tak bukan, kita lah. Sebagai ibu bapa dan masyarakat. Tapi sejauh mana kita mampu “bekerja sendirian”? Semuanya hanya berjaya jika semua orang bersatu hati. Sentiasa memantau bahaya yang ada di kawasan setempat! Sebab tu lah, jangan ada yang marah, jika ada “orang luar” yang masuk ke dalam sesuatu kawasan tu, mereka akan berasa kurang senang. Semuanya sebab benda ni lah!

Tapi dalam kes terdahulu, manusia berhati binatang ni adalah mereka yang berada di sekeliling mangsa! Nampak tak bertapa bahayanya masyarakat sekarang? Musuh ada kat sekeliling kita je. Kadang kita terlalu menjaga orang lain, mereka yang berada dekat sekeliling kita ni, terlepas pandang! Bila dah berlaku sesuatu yang tidak di ingini, barulah kita tersedar dan menyesal yang tiada penghujungnya!

Al-fatihah buat anak syurga yang pergi bertemu pencipta. Syukur kepada anak kecil kerana ditemui masih selamat. Ayuhlah kita bersama-sama berganding bahu di dalam usaha menjaga kesejahteraan setempat! Jika semua orang memainkan peranan mereka, kes-kes culik kanak-kanak ini boleh di halang. Perlu ada hubungan dengan pihak polis. Barulah malaysia benar-benar aman! 

You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email