Jadilah blogger yang bertanggungjawab. - ceritaejoy

Jadilah blogger yang bertanggungjawab.

11:11 PG

www.ceritaejoy.com

Jadilah blogger yang bertanggungjawab | Memang benar, blog adalah milik blogger. Memang itulah jawapan yang bakal anda terima kalau bercerita mengenai penulisan seorang blogger. Namun dalam sedar tak sedar, kebebasan menulis seorang blogger itu melampaui batas. Terkadang juga menyentuh sesuatu sensitivity. Semuanya kerana alasan, blog itu milik mereka. Dan menjadi hak mereka untuk menulis apa sahaja.

Tak hairan lah kalau sekarang ni, kita dengar ada blogger yang kena saman. Semua nya sebab menulis sesuatu yang tiada kebenarannya. Mungkin untuk mencapai trafik blog. Dan blogger copy paste, ambil dan kongsikan dalam blog mereka. Akhirnya, cerita tak betul tersebar meluas. Siapa yang nak di salahkan? Apa alasan blog itu kepunyaan mutlak seorang blogger boleh diguna pakai?

Aku sendiri pun kadang-kadang takut nak kongsikan sesuatu dekat blog ceritaejoy ni. Kalau ada satu-satu cerita tu, aku akan pastikan cerita tu dah masuk surat kabar. Tak pun, ada kesahihannya daripada orang lain. Maknanya aku kena cari dan baca banyak sumber. Barulah aku akan kongsikan dalam blog ceritaejoy. Kalau tak sahih, memang taklah aku share dalam blog ni.

Aku tak kejar trafik. Aku takut dengan apa yang bakal aku dapat kalau cerita yang aku kongsikan tu tak betul. Menulis hanya untuk suka-suka. Bukan nak jadi terkenal pun, kalau jadi, alhamdulilah. Tapi biarlah dengan cara yang baik dan betul. Bukan dengan kontroversi. Takut weh! Banyak nak menjawab nanti. Dunia akhirat.

Kadang-kadang, takleh nak salahkan blogger juga. Kita tegur, kita pulak yang kena nanti. Silap-silap, kita pula yang jadi tajuk utama blog mereka. Jadinya, banyak blogger yang diamkan diri sahaja. Jaga blog masing-masing. Tapi kan, pada aku, tak salah kalau nak menegur, tapi biarlah dengan cara yang betul. Dah mereka tulis tak betul, janganlah kita caci maki mereka. Cakaplah sahaja yang elok-elok. Nak dengar tak nak dengar, terpulanglah pada mereka. kan?


Hmm. Suara aku ni tak sampai mana pun. Hanya berlegar dalam blog ceritaejoy dan rakan-rakan pembaca yang kerap datang ke blog ni. Kalau berkesan, alhamdulilah. Harap nya, penulisan ini dipahami semua. Tidaklah mengata yang buruk pada orang lain. Sekadar beringat sesama insan. InsyaAllah, semoga dipermudahkan urusan semua. Amin.

You Might Also Like

4 comments

  1. Huu betul tu sebab itulah nak menulis ikut pengalaman lagi baik daripada benda tak sahih

    BalasPadam
    Balasan
    1. tapi ada blogger yang memang suka kejar trafik ni..mereka akan tulis dan share apa sahaja..itu yang bahaya tu..kan?

      Padam
  2. betul tu.. even berita tu betul ataupun tidak kita sebagai blogger perlu selidik dulu.. dlm Al-Quran pun Allah dah kata jika sampai satu2 berita hendaklah kamu menyelidikinya terlebih dahulu.. ☺️☺️

    BalasPadam
    Balasan
    1. kadang-kadang mereka ni lupa ajaran islam..yang penting mereka dapat apa yang mereka inginkan..ha

      Padam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email