Hotel Fasano Rio de Janeiro. - ceritaejoy

Hotel Fasano Rio de Janeiro.

11:38 PG

www.ceritaejoy.com

Hotel Fasano Rio de Janeiro | Sekarang kan sedang berlangsung olympic games rio 2016 di brazil. Jadinya, pasti ramai pengunjung yang berada di sana dan mereka yang mencari-cari lokasi penginapan di Rio de Janeiro. Nah! Hotel ini berada di dalam best hotels for the Rio Olympics 2016! Mana tahu, ada rakan-rakan yang nak travel ke brazil bolehlah check-in dekat hotel ni. Jom ketahui dengan lebih lanjut mengenai lokasi percutian ini!

Ramai pengunjung yang mencari lokasi hotel berdekatan pantai kan *mengikut carian di google. Keyword Rio De Janeiro Hotels Near The Beach diantara keyword tertinggi*. Dan Hotel Fasano Rio de Janeiro di antara hotel yang tersenarai di dalam list wajid singgah! Hehe. Baiklah! Terletak di tengah-tengah “zon mewah” Zona Sul dan bersempadan dengan pantai Arpoador dan Ipanema, ianya sangat-sangat menakjubkan!

www.ceritaejoy.com

Fasano dihiasi dengan hamparan pasir yang sangat cantik dan dikelilingi dengan beberapa hartanah yang termahal di benua itu. Jadi, dah boleh bayangkan tak betapa cantiknya lokasi percutian ini? Berdekatan fasano juga terletak nya batu Arpoador yang menjadi lokasi menarik untuk melihat matahari terbenam dan melihat pantai yang cantik!

www.ceritaejoy.com

Selain itu, terdapat tarikan istimewa jika anda menginap di Hotel Fasano Rio de Janeiro ini. Anda boleh melihat 2 gunung berapit * Dois Irmãos* dari rooftop pool & bar fasano. Kalau anda tergolong dalam mereka yang gemar hiking, nah! Ini lokasi terbaik untuk anda! Selain dari menonton olympic games rio 2016, boleh juga buat aktiviti hiking dekat sini. Hehehe.

www.ceritaejoy.com

Bercerita mengenai bilik penginapan pula, anda boleh santai-santai di kerusi “Sergio Rodrigues” sambil melayan panorama matahari terbenam dari balkoni bilik anda. wah! Minum air sirap bandung laici sambil makan kuih keria, memang syok habis menginap di Hotel Fasano Rio de Janeiro ni! Selain itu, rekaan bilik mandi kontemporari dan katil besar adalah sesuatu yang dinantikan oleh semua pengunjung!

www.ceritaejoy.com

Baiklah. Harga penginapan di Hotel Fasano Rio de Janeiro berubah-ubah mengikut musim. Namun tempahan awal adalah sangat digalakkan bagi mendapatkan harga yang istimewa! Tapi harus juga ingatkan, periksa dengan terperinci pakej yang ditawarkan sebelum bersetuju untuk mendapatkan lokasi penginapan di sini. Semoga percutian kalian menjadi 1 percutian yang amat bermakna di Rio de Janeiro! This is brazil!! Hehe.

You Might Also Like

6 comments

  1. kalau dapat hotel yg ada pemandangan lawa mmg sangat bertuah

    BalasPadam
  2. perggh, kalau lah dapat menginap di sana kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. ok..kena fikir, macamana boleh menginap dekat sini..hehehe

      Padam
  3. ada duit yang banyak memang sedap pergi melancong...best bawa partner hidup untuk melancaong ke Brazil..

    BalasPadam
    Balasan
    1. bila sampai sana, jangan lupa cakap..this is brazill..hahhahaha

      Padam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email