Hilangnya semangat merdeka. - Ceritaejoy

Header Ads

Booking.com

Hilangnya semangat merdeka.

www.ceritaejoy.com

Hilangnya semangat merdeka | Kita kini berada di dalam bulan kemerdekaan. Malaysia menyambut kemerdekaan pada tanggal 31 Ogos 1957. Dan kini, malaysia sudahpun 59 tahun merdeka. Bukan mudah sebenarnya untuk capai kemerdekaan ini. Macam-macam cerita sejarah yang kita boleh baca samada melalui penulisan di buku mahupun perkongsian di media sosial. Namun, tahun demi tahun, semangat kemerdekaan semakin pudar di dalam hati dan nurani masyarakat kini.

Kemerdekaan itu sendiri, tidak hanya di sambut pada tanggal 31 Ogos 1957 itu sahaja. Ia perlu di sambut dan diingati setiap hari, bulan, tahun malahan setiap generasi. Tengok sahaja lah sekeliling kita, berapa ramai yang menyebut atau memperkatakan mengenai bulan kemerdekaan ini? Silap-silap, pasti ada yang terlupa yang mereka kini berada di dalam bulan kemerdekaan malaysia!

Cerita mengenai kepayahan untuk memperolehi kemerdekaan hanya bermain di mulut pejuang-pejuang kemerdekaan yang kini pasti, sudah pun terlalu tua. Generasi baru pula tidak gemar mendengar kisah ini kerana dalam zaman kini, terlalu banyak “hiburan” yang lebih menyeronokkan daripada mendengar kisah lama mengenai kemerdekaan ini.

Rindu pula rasanya melihat kemeriahan menyambut kemerdekaan zaman dulu-dulu. Kita boleh lihat bendera malaysia berkibar di mana sahaja. Jiwa kemerdekaan itu pasti meresap di dalam sanubari setiap penduduk malaysia. Seronok rasanya ketika itu, dari yang muda membawa kepada yang berusia, semuanya berganding bahu menaikkan semangat kemerdekaan di kalangan penduduk malaysia.

Tapi sekarang dah takda benda tu. Susah sangat nak lihat kenderaan yang letak bendera malaysia. Bangunan-bangunan yang letak bendera malaysia. Dah susah sangat nak tengok semua tu. Dah hilang betul rasa patriotik dalam jiwa semua orang. Terkadang aku terfikir juga, apa yang berada di dalam fikiran semua rakyat malaysia mengenai kemerdekaan ini.

Apa pun, mahu juga aku mengajak semua rakan-rakan blogger malaysia. Perbanyakkan juga cerita mengenai kemerdekaan di blog kalian. Kita juga mampu menaikkan semangat kemerdekaan di kalangan pembaca blog masing-masing melalui penulisan berbentuk semangat merdeka. Tak perlulah nak tunggu 31 Ogos baru nak cerita pasal merdeka. Itu pun sebab nak upload gambar-gambar perbarisan. Ok? Terima kasih.
loading...

2 ulasan:

  1. esok yaya ade event naik heli.yaya nak pakai baju bendera esok.haahhaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. wow! event naik heli?? hebatnya! hehehe

      Padam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com