Gempa bumi besar menggegarkan Amatrice, Italy! - ceritaejoy

Gempa bumi besar menggegarkan Amatrice, Italy!

9:43 PG

www.ceritaejoy.com

Gempa bumi besar menggegarkan Amatrice, Italy! | Gempa bumi berskala 6.2 magnitud telah melanda italy malam tadi! Sekurang-kurangnya 73 orang dilaporkan meninggal dunia dan para penyelamat masih berusaha mencari mangsa yang berkemungkinan masih hidup di bawah runtuhan banggunan. Gempa bumi kuat ini telah meruntuhkan banyak banggunan di kawasan pergunungan di tengah-tengah itali!

Gempa bumi kuat yang melanda Amatrice, Italy ini telah menyebabkan kerosakan serius kepada beberapa bandar dan kampung-kampung. Kematian telah dilaporkan di 3 buah kampung di kawasan pergunungan Lazio dan Marche, Amatrice, Accumoli dan Pescara del Tronto.

Kini, apabila cuaca semakin cerah, pihak penyelamat telah melihat sesuatu yang lebih mengerikan! Pihak penyelamat juga bertungkus lumus mencari suara-suara mereka yang tercedera di bawah runtuhan-runtuhan banggunan! Pihak penyelamat menganggarkan, masih ramai mangsa yang berada di bawah banggunan.

www.ceritaejoy.com

www.ceritaejoy.com

2 mangsa yang maut dikenal pasti sebagai pasangan warga tua yang mendiami rumah di Pescara del Tronto! Menurut polis tempatan, 2 mayat dikeluarkan daripada runtuhan di bandar kecil Amatrice. Hospital yang berada di bandar tersebut juga mengalami kerosakan yang teruk dan pesakit-pesakit telah dipindahkan ke jalan-jalan yang masih elok!

Manakala Datuk bandar Amatrice, Sergio Pirozzi memberitahu, 3 suku daripada bandar tersebut telah musnah!Matlamat penyelamat kini adalah untuk menyelamatkan seramai mungkin mangsa gempa bumi ini.

Pihak penyelamat menggunakan anjing pengesan bagi mengesan mereka yang masih hidup di bawah runtuhan banggunan. Anjing-anjing ini telah dilatih untuk mencari dan kemudiannya menunjukkan mereka yang masih hidup. Walau bagaimanapun, jika anjing tersebut tidak menyalak, ini menunjukkan mangsa berkemungkinan telah meninggal dunia!

Sehingga kini, terdapat 17 gempa bumi susulan yang dilaporkan dalam masa tiga jam selepas gempa awal, yang paling kuat berukuran 5.5 pada skala richer. Gempa bumi kuat yang melanda Amatrice boleh dirasai hingga ke Rome! Iaitu kira-kira 150 kilometer dari pusat gempa.


Kita mendoakan agar ramai yang terselamat dan berharap segalanya akan kembali normal dan rakyat akan kembali bersemangat untuk kembali bangkit dari kejadian ini!

You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email