French gymnast samir ait said “korban” pertama Rio 2016. - ceritaejoy

French gymnast samir ait said “korban” pertama Rio 2016.

9:16 PG

www.ceritaejoy.com

French gymnast samir ait said “korban” pertama Rio 2016 | Olympic Games Rio 2016 baru sahaja membuka tirai, namun telah memperlihatkan 1 eksiden ngeri melibatkan atlet gymnastic, samir ait said. Melalui perkongsian di sosial media dengan judul samir ait said injury video, boleh dilihat dengan jelas kecederaan parah yang dialami atlet ini. Kaki kirinya patah teruk dan suara kesakitan beliau didengari keseluruhan stadium tersebut!

Samir ait said berada di atas gelanggang beberapa minit sebelum para petugas perubatan bergegas mendapatkan beliau. Atlet ini kemudian dipindahkan bagi mengelakkan berlaku beberapa kecederaan lain yang mungkin mengakibatkan ianya menjadi lebih teruk! Nampaknya atlet ini terpaksa melupakan terus Olympic Games Rio 2016 sekaligus sedikit mengurangkan semangat rakan-rakan sepasukan yang lain.

Walau bagaimanapun, bukan Ait Said’s sahaja yang mengalami kecederaan teruk. Atlet german, Andreas Toba juga gagal menamatkan rutin apabila mengalami kecederaan lutut ketika senaman lantai. Toba terpaksa dibantu berjalan keluar dari gelanggang oleh beberapa petugas.

Samir ait said bagaimanapun bersemangat tinggi. Ini adalah kerana, selepas beberapa pembedahan, beliau berkata, akan kembali ke arena bagi memberikan sokongan kepada rakan-rakan kerana perjuangan masih belum selesai! Said menjalani pembedahan pada malam sabtu, bagi membetulkan tibea nya yang patah! Apapun, kami mendoakan Samir ait said kembali bersemangat!

Kami juga mendoakan juga atlet Malaysia di Olympic Games Rio 2016 tidak mengalami kecederaan yang teruk dan berjaya menghasilkan pingat sekaligus mengharumkan nama Malaysia di persada dunia!* Sehingga kini, malaysia masih belum memperolehi pingat *. Dan China menduduki tempat teratas dengan 8 pingat di ikuti dengan negara Australia dan itali. Apapun, kami percaya, atlet malaysia bersemangat tinggi dan Go Go Malaysia!! Yeah!

You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email