Fella villas, Bali Indonesia - ceritaejoy

Fella villas, Bali Indonesia

3:57 PTG

www.ceritaejoy.com

Fella villas, Bali Indonesia | Aku secara jujurnya, masih belum berkesempatan untuk sampai ke bali, Indonesia. Lokasi ini dikatakan di antara lokasi wajib bagi pelancong yang di dalam asia ataupun dari luar benua asia. Bagi mereka yang ingin mencari Tempat Percutian Di Bali Indonesia, Fella Villas merupakan salah satu lokasi penginapan yang boleh anda cuba. Dan aku suka dengan rekabentuk binaan yang ada di sini. Kalau dah tengok gambar-gambar ni, mesti terpikat nanti. Duduk sebulan pun takpa. Hehehe.


www.ceritaejoy.com

www.ceritaejoy.com

Terletak di kawasan canggu, anda boleh ke kawasan pantai popular di bali hanya dalam beberapa minit sahaja. Menariknya Fella villas ini adalah, anda perlu melalui jalan masuk yang agak lama. Lama bermaksud, lorong kampung. Rasanya sebiji kereta je boleh masuk dalam tu. Kalau memandu sendiri, mungkin sedikit sukar jika tidak benar-benar menumpukan perhatian pada papan tanda Fella villas tu.

Sampai sahaja ke Fella villas, kita pasti terpukau dengan rekabentuk "tropikal" lokasi percutian ini. Terfikir juga, kalau lah boleh design rumah seperti Fella villas ni, fuh! Tak keluar rumah pun takpa! ahahaha.


www.ceritaejoy.com

www.ceritaejoy.com

www.ceritaejoy.com

Kalau kita fikir-fikir balik. Kebanyakan rekabentuk binaan di bali indonesia ni, hampir sama. Maksud aku, susun atur ruang tamu, bilik dan kolam. Di tambah lagi suasana desa yang ada. Itu yang buatkan ramai orang yang ke sana kan? Sebab cantik!

www.ceritaejoy.com

Dalam banyak-banyak ruang, aku paling suka dengan ruang ini. Macam ruang privasi pemilik rumah *kalau design rumah dia macam Fella villas, Bali Indonesia ni la* ada kerusi kecik dekat situ. Kena pula ada ikan berenang-renang dalam kolam tu. Waktu malam, ada lampu kecil yang menerangi kawasan tersebut. Aduh! Jatuh hati betul dengan konsep macam ni!

www.ceritaejoy.com

www.ceritaejoy.com

Kawasan dapur dengan konsep terbuka! Wah! Sungguh aku suka! Nampak tak kerusi ada berapa? Jadinya, Salah seorang dari korang *kalau bercuti ramai-ramai la* mesti ada yang pandai masak kan? Jadinya, biar dia masak, korang tunggu je kat kerusi tu. Lepas tu hidang panas-panas! wah! Sedap kan?

Lagi 1 yang suka mengenai Fella villas, Bali Indonesia ni adalah, dekat area dapur, ada kolam kecik macam tu. Kena pulak ada bunyi air. Wah! memang tak jadi masak la macam ni! hahaha.

www.ceritaejoy.com

www.ceritaejoy.com

www.ceritaejoy.com

Bilik tidur oii! Hahaha. Ente nampak itu batu? Besarnya la hai! Dalam bilik tidur? Jangan tersepak sudahlah ye. Hehehe. Ada pokok siap sebelah tu. Konsep warna putih, sememangnya tenang kan? Memang confirm tidur jelah kalau dah masuk dalam bilik di Fella villas, Bali Indonesia. Eh! Jangan tak tahu ya! Ada orang yang kalau pergi bercuti, dia limitkan waktu tidur, sebab katanya rugi! Masa berjalan tu. kan?

www.ceritaejoy.com

www.ceritaejoy.com

www.ceritaejoy.com

www.ceritaejoy.com

Ruang mandi terbuka ni dah macam konsep standard dekat mana-mana lokasi percutian dekat sini kan? Ala, dekat malaysia ni pun, dah ada yang buat konsep terbuka macam ni. Itu belum cerita yang dekat kampung lagi. Kan?

Di Fella villas, Bali Indonesia, konsep ruang mandi terbuka ni buatkan kita rasa bersatu dengan alam! Nampak pokok-pokok dekat tepi tu? Agak-agak ada katak tak? Sebab aku tak suka katak yang duduk dalam bilik air. Sebab aku geli! hahaha.

Oklah! Dah tengok Tempat Percutian Di Bali IndonesiaFella Villas ni kan? So, terasa nak duduk sini tak? Lokasi percutian ini mempunyai 3 bilik dan boleh memuatkan seramai 6 orang pada satu-satu masa. Barulah ada privacy kan? hehe. Kalau berminat, korang boleh book di AirBnb di : FELLA Luxury Beach Villa Canggu.

You Might Also Like

2 comments

  1. Terima kasih di atas perkongsian..cantik villa ni...nanti nak pi bali bleh pilih....

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email