Dah tukar ATM card? - Ceritaejoy

Header Ads

Booking.com

Dah tukar ATM card?

www.ceritaejoy.com

Dah tukar ATM card? | Rasanya semua pun dah tahu kan, yang kita perlu tukar ATM card kita? Bagi mereka yang masih belum tahu, kenapa kita perlu tukar ATM card sebelum hujung tahun ini, korang boleh baca cerita ini, Perlu tukar kad atm dengan segera. Tapi kan, percaya tak kalau aku cakap, masih ada orang yang tak tahu? Contoh terdekat, ayah mertua aku. hahahaha.

Orang-orang lama ni kan? Kadang mereka memang tak ambil pusing pun. Aku baru je tukar kad atm semalam. Alang-alang dah cuti nak bawa anak checkup, pergilah bank sekali tukar ATM card aku dengan wife. Anak-anak aku tinggalkan sekejap dengan mertua. Biasalah bila kita nak keluar, mereka pasti tanya kan. Jadinya wife aku cakaplah, nak pergi bank, tukar ATM Card.

Bapa mertua aku tanya lah, kenapa nak kena tukar? Expired card lama lagi. Hehe. Aku pun ceritalah sistem baru yang ada pada kad tu. Dan kalau nak tahu dengan lebih lanjut, kenalah baca blog ceritaejoy. Hahaha. Itu aku tipu! Hahaha. Bila dah terangkan betul-betul, barulah dia faham. Adoi! Agaknya, kalau takda yang beritahu, mesti mereka tak tahu kan?


www.ceritaejoy.com

Semalam, mula-mula aku pergi cimb bank cawangan  cheng melaka. Ingatkan tak ramai orang. Adoi! Beratur orang nak tukar ATM card rupanya! Kemudian pergi pula cimb cheng cawangan bandar Melaka. Ha, ok! Tak ramai orang. Waktu tu dah masuk tengahari, waktu anak-anak makan! Adoi! Sementara nak tunggu no di panggil, memang menyanyi anak-anak aku dalam bank tu! Ish!

www.ceritaejoy.com

Dah selesai tukar kad cimb, aku balik telok mas, hantar anak-anak ke sana. Kesian ke mereka sebenarnya, kita usung mereka ke sana ke mari, mesti mereka penat. Kan? Kemudian pergi pula Maybank cawangan Melaka raya. Orait! Sini memang tak ramai orang. Harapan untuk cepat siap tu adalah tinggi!

Yes! Segalanya pantas dekat sini. Selesai semua urusan. Pulang semula ke telok emas. Memang rasa lega sebab dah tukar ATM card ni. Sebabnya nak cari masa untuk tukar kad tu memang susah. Memang bank ada bukak hari sabtu hanya untuk penukaran kad, tapi aku pulak memang kerap kerja hari sabtu. Itu yang susah tu. Bila ada masa terluang macam ni, harus lah aku gunakan dengan betul kan? So, korang dah tukar ATM card ke? Tukar cepat-cepat ya.
loading...

Tiada ulasan

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com