Cuti-cuti ke Soneva Kiri Resort & Residences. - ceritaejoy

Cuti-cuti ke Soneva Kiri Resort & Residences.

12:08 PTG

www.ceritaejoy.com

Cuti-cuti ke Soneva Kiri Resort & Residences | Bila pertama kali tengok tarikan di resort ini, terus terpukau! Wow! Di antara tarikan utama percutian di sini adalah Tree Pod dining! Makan malam atau tengahari pada ketinggian 16 kaki (5 meter) dari tanah. Terletak di Pulau Ko Kut, Thailand, ianya adalah destinasi percutian yang mewah terletak di tengah hutan hujan tropika yang subur di luar pantai tenggara Teluk Siam. Mengambil masa lebih kurang 4 jam dari malaysia, Ianya di antara tarikan paling istimewa dan mesti cuba oleh semua! Tree Pod dining, Soneva Kiri Resort & Residences.

Aku mula-mula tahu pasal tempat ni pun dari facebook. Terus save gambar-gambar dia masuk phone. Sebab menarik dan mencabar! Kebiasaannya, kebanyakkan resort menawarkan pelbagai aktiviti yang tersendiri lebih-lebih lagi yang berada di pulau. Namun, Soneva Kiri Resort & Residences menawarkan sesuatu yang lebih istimewa! Tree Pod dining!

www.ceritaejoy.com


Tree Pod dining.


Bercerita mengenai lokasi makan yang unik ini, pod dining ini dibina dengan kerangka tegar yang dibalut dengan rotan yang ditenun. Boleh memuatkan 4 orang pengunjung pada satu-satu masa. Terletak tinggi di atas pokok, pengunjung boleh berehat dan menikmati pemandangan pantai berpasir yang cantik di sekitarnya! Cara penghantaran makanan dan minuman di Tree Pod,Soneva Kiri ini juga unik. Mereka menggunakan flying waiter!

Terfikir juga aku, tak tumpah ke makanan dan minuman tu? Dan macam mana nak sampai ke Tree Pod dining ni? Samada panjat atau ada cara istimewa untuk sampai ke atas? Itulah yang menariknya! Kena datang dan rasai sendiri kelainannya! Kan? Hmm, ada monyet tak dekat kawasan sekitar? Burung helang ke? Kang sedap-sedap makan, tiba-tiba dekat sebelah ada yang memerhati. Adoi!

www.ceritaejoy.com

www.ceritaejoy.com

Ok. Ni nak kasitau sikit ye. Tree Pod dining di Soneva Kiri Resort & Residences ini tidak menggunakan bolt atau skru. Maksudnya, mereka hanya ikat pod dining tu pada pokok! Ini adalah untuk menjaga alam sekitar dan memastikan pokok-pokok disitu sihat dan terus kekal subur. Hmm, tepi laut, pasti akan ada angin kan? Tak guna bolt atau skru? Hahaha!

www.ceritaejoy.com

Baiklah! Jika anda ingin rasai kelainan ini, korang boleh lawati laman web Soneva Kiri Resort & Residences. Boleh dijadikan lokasi honeymoon dan abadikan kenangan terindah anda bersama yang tersayang! Semoga percutian anda membawa seribu makna! Jumpa lagi dalam edisi yang akan datang! Daa!

You Might Also Like

3 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email