Cara nak tipu peniaga online. - ceritaejoy

Cara nak tipu peniaga online.

11:57 PG

www.ceritaejoy.com


Cara nak tipu peniaga online | Aku bukan nak ajar ya! Yang sebenarnya, aku nak kongsikan, inilah cara nak menipu peniaga online. Biasalah, meniaga online ni, kena tunjuk resit dekat peniaga tu, barulah barang akan di pos. Bercerita pasal kes tipu beli online ni, aku sendiri pun baru je terkena. Melayang RM100 kena tipu. Confirm Lah aku tak akan halalkan duit tu dunia akhirat. Apa lagi doa aku, malas aku nak cerita dekat blog ceritaejoy ni, cukuplah ianya tersimpan dalam hati aku. Kang orang cakap aku kejam pulak.

Baiklah! Ni aku nak kongsikan, kepada peniaga online semua, janganlah terlalu mempercayai resit bank in tu! Benda macam tu, orang boleh buat! Tengok gambar kat atas tu, kosnya Cuma RM5! Berbaloi ke kalau kena tipu RM100 ke? RM200 ke? Berbaloi? Tak kan? Adalah dengan itu, adalah lebih baik, check dahulu dalam akaun ada.

Zaman sekarang ni, macam-macam orang sanggup buat termasuklah menipu perniagaan online ni. Ambil gambar orang lain, post dekat laman sosial, kena pula ada yang sedang mencari, terus percaya dan bankin, lepas tu baru sedar tertipu! Bagi peniaga online pulak, mereka dah siap-siap bungkus barang. Bila orang cakap dah bankin je, lepas tu tunjuk resit, terus peniaga ni pos. Sebab percaya pada resit yang diberikan tu. Tapi bila bukak akaun, duitnya tak ada! Macam mana tu?

Cara dapatkan balik duit jika di tipu peniaga online.


Yang sebenarnya, fokus ceritaejoy dalam entry kali ini adalah lebih kepada diri kita jika ditipu peniaga online. Ada orang cakap, ada caranya kalau nak dapatkan balik duit yang kita dah bankin pada manusia pemalas cari duit tu! Cara-caranya adalah, buat report polis yang mengatakan kita tersalah bankin duit. Kemudian report tu bawa pada bank, dan bank akan memberi notis kepada pemilik akaun untuk pulangkan semula wang kita tu.

Disini aku nak beritahu. Cara itu sememangnya tidak berkesan! Kerana apa? Aku baru sahaja ke balai polis semalam. Niatnya adalah untuk buat report seperti yang diajarkan tu. Namun sebaliknya berlaku. Aku di tuduh cuba untuk buat report palsu. Kata orang tulis dalam report kita dah salah bankin duit dan report tersebut sebagai rujukan bank.

Cerita sebenar, kita beli barang online, dan kita ditipu. Kalau ikut pada cerita sebenar, kita sendiri yang ingin memasukkan wang tersebut dan bukannya atas paksaan orang lain. Betul tak? Jadinya cara yang di ajarkan itu langsung tidak betul dan kita boleh dituduh atas alasan cuba buat report palsu. Adoi!

Cara sebenar nak dapatkan duit bila di tipu peniaga online adalah dengan, buat report berdasarkan cerita sebenar, kemudian kes akan di rujuk kes komersial, lantik peguam dan lawan di mahkamah. Jika anda berada di pihak yang benar *semua maklumat cukup* maka orang tersebut perlu bayar ganti rugi. Persoalan sekarang, aku ditipu sebanyak RM100, berbaloi atau tidak untuk cari peguam dan lawan di mahkamah?

Oleh yang demikian, kita sendiri perlu lebih peka dengan setiap urusan transaksi wang ketika pembelian atau peniagaan online ini. Periksa segala maklumat dengan betul dan pastikan kita tahu rupa dan alamat sebenar penjual sebelum bersetuju untuk melakukan pembayaran. Kata orang, adalah lebih baik beli secara COD. Tapi kalau lokasinya jauh, mungkin tidak berbaloi.

Macam kes perkhidmatan buat resit palsu ni, aku memang tak pelik. Yelah, dalam dunia serba moden sekarang ni, macam-macam benda kita boleh tengok. Dan walaupun cerita mengenai penipuan ketika beli online ni banyak tersebar, masih ada lagi yang kena tipu termasuklah aku! serius! Aku masih tertekan bila fikirkan balik benda ni.

Oleh yang demikian, aku nak ajak kawan-kawan semua, periksa betul-betul. Jangan tergesa-gesa dalam apa juga urusan pembelian online. Lagi satu, jika “rate” harga satu-satu barang tu standard, dan tiba-tiba ada yang jual dengan harga yang lebih murah, memang adalah yang tidak kena dekat situ. Doa aku satu je, kepada mereka yang menipu tu, awak menaya orang. Allah pasti akan balas. Doa aku, hidup kalian tak akan pernah aman. Itu je. Amin.

You Might Also Like

9 comments

  1. macam- macam cara nak menipu skrg nie..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ini baru sikit, ada yang lebih hebat daripada ini..ha..

      Padam
  2. Repor polis pun malas nak layan atau hanya alasan semata - mata.. Hanya nilai rm 100 nak masuk court bagai,, yf tu memang tak masuk akal.. Sabarlah janji Alah terhadap orang teraniaya ni pasti,, kenalah dia nanti...doa banyak banyak

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah..semalam pergi balai nak buat report..fikir banyak kali..hilang rm100 dengan nak bayar peguam..ish..tak berbaloi langsung..

      Padam
  3. sanggup buat keja macam nih..tak paham betul..Kalau sekadar tunjuk resit jer tak cukup kan..memang kita kena tengok transaction tuh ade ke tak.

    kalau nak turun naik mahkamah memang leceh la.hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang tak padan la kalau kena tipu RM100 dengan kena bayar peguam tuk naik mahkamah..adoii

      Padam
  4. macam-macam penipuan sekarang ni, semuanya nak kaya cepat hingga lupa akhirat,Nauzubillah .

    BalasPadam
    Balasan
    1. orang sekarang memang dah tak fikir semua tu dah..sebab diarang lebih fikirkan dunia je..hmm

      Padam
  5. Selalu dengar nasihat yang kata salah bank in tu..
    Agaknya polis pun dah tau..

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email