Buat puluhan dolar 1 hari dengan Adsense. - ceritaejoy

Buat puluhan dolar 1 hari dengan Adsense.

10:44 PG

www.ceritaejoy.com

Buat puluhan dolar 1 hari dengan Adsense | Sebelum aku bercerita panjang mengenai hal ini, mahu juga aku beritahu, ini bukanlah Teknik Buat Duit Online dengan adsense. Aku pun bukanlah raja adsense yang berjaya buat puluhan ribu ringgit dengan adsense. Aku sendiri masih “berjuang” dengan blog ceritaejoy di dalam usaha Buat Duit Dengan Adsense. Baiklah, apa yang ingin aku kongsikan kali ini adalah, bagaimana kita boleh buat puluhan dolar 1 hari dengan adsense ni.

Benda ni aku baca dalam 1 blog *aku lupa nama blog tu* yang ditulis oleh rakan blogger Indonesia. Hebat juga blogger Indonesia ni kan? Kita taip benda yang kita cari, yang keluar adalah blog dari rakan seberang. Ini bermakna, teknik penulisan SEO dalam blog mereka hebat! Hehe. Yang sebenarnya, agak “susah” untuk kita cari apa-apa ilmu berkaitan adsense ni, percaya tak kata-kata aku ni?

Korang carilah dekat mana-mana pun, kebanyakkan blogger akan bercerita mengenai tips atau rahsia adsense ni, kita pun bacalah sampai habis. Bersemangat! Kemudian, di pengakhiran cerita, sila lah beli ebook saya! Hahaha. betul tak? Banyak dah aku cari dari blog ke blog, semuanya cerita benda yang sama. Mungkin itu juga cara mereka jana pendapatan online. So, tak boleh nak salahkan diarang jugak.


www.ceritaejoy.com

Baiklah. Sekali lagi, aku bukan nak share Teknik Buat Duit Online dengan adsense ni. Cuma aku nak kongsikan “logik” bagaimana kita boleh Buat puluhan dolar 1 hari dengan Adsense. Bila aku fikir-fikir balik, betul juga apa yang dia cakap kan, teknik ni memang nampak susah, tapi boleh memberi income kepada kita.

Sebelum aku kongsikan teknik mudah buat duit dengan adsense ni, aku nak juga tanya korang. Berapa entry 1 hari yang korang tulis dekat blog korang? Kalau aku, terus terang aku cakap, aku hanya mampu tulis 3 entry 1 hari dekat blog ceritaejoy. Kalau copy paste blog orang, aku boleh buat lebih daripada itu! hahaha. Tapi kejam la. Orang lain susah-susah menulis, kita ambil macam tu je, kemudian paste dalam blog kita. Tak rasa bersalah langsung!

Yang sebenarnya, jumlah entry yang korang tulis/terbitkan 1 hari, memainkan peranan yang sangat penting di dalam menghasilkan income dengan adsense ni. Lagi banyak korang tulis, lagi banyak “keyword” yang ada, lagi banyak income yang korang boleh dapat! Ha! Cuba bayangkan, 1 hari korang boleh tulis 5-6 entry dekat blog.


www.ceritaejoy.com

Bila banyak entry yang korang terbitkan, lagi banyak trafik yang korang boleh dapat. Dan lagi ramai orang yang akan berkunjung ke blog korang! Ha, daripada situ, peratusan untuk pembaca klik pada iklan adsense korang adalah sangat tinggi. Mudah je kan, lagi banyak tulis, lagi banyak pembaca dan lebih tinggi peratusan untuk orang klik iklan adsense. ha!

Mungkin inilah cara untuk Buat puluhan dolar 1 hari dengan Adsense. Dan kalau kita tengok, mereka yang dah berjaya buat duit dengan adsense ni, blog mereka bukan calang-calang tau. Penuh dengan informasi dan ilmu! Lepas tu pulak, dah berapa banyak entry mereka tulis. Bukan ratus-ratus, cecah ribu-ribu dah entry yang ditulis.

Suka juga aku ingatkan, walaupun aku cakap, lagi banyak tulis, lagi besar peratusan untuk orang klik iklan kita, Kena juga pastikan bahawa penulisan kita itu penuh dengan keyword penting dan ada isi. Maksud aku adalah, penulisan yang berkualiti. Jangan main tulis je. Kalau main tulis je, memang agak susah la nak Buat puluhan dolar 1 hari dengan Adsense ni.

Baiklah. Aku dah cerita teknik biasa orang buat duit dengan adsense. Yang sebenarnya aku dah siap tulis, 1 entry yang menceritakan 1 lagi rahsia besar tentang cara buat duit dengan adsense ni. Korang pernah dengar pasal High Paying Keywords? Ada lebih kurang 80 keyword dengan bayaran paling mahal. Tadi aku cakap kena tulis banyak kan? Kalau korang tulis dan masukkan keyword-keyword ini, fuh! insyaAllah, korang dan aku pasti berjaya buat duit dengan adsense.

Kenapa aku cakap korang dengan aku dekat atas tu? Sebabnya aku baru jumpa benda tu semalam. Dan semalam juga aku tulis pasal High Paying Keywords tu. Kejap lagi aku kongsikan dalam blog ceritaejoy ya! Buat masa sekarang, kita pekena white coffee dulu. Hehehe.

You Might Also Like

3 comments

  1. singgah pagi...
    topik yg menarik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ehehe..jom buat duit dengan adsense..hehe..

      Padam
  2. agak kompetitif nak bersaing dengan HPK tu yang berpuluh dollar tu.sebab depa banyak duit. Nak cari artikel bab tu pun agak payah..huhu..kena outsource dulu le nampaknya. kalau blog trafik byk memang takde hal

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email