Betul ke KFC beri Baucer RM500?? - Ceritaejoy

Header Ads

Booking.com

Betul ke KFC beri Baucer RM500??

www.ceritaejoy.com

Betul ke KFC beri Baucer RM500?? | Viral jugak pasal baucer kfc ni kan? Dan keyword ni memang hot betul dekat blog ceritaejoy sejak 2 menjak ni. Ramai betul yang ingin mencari kepastian samada benarkah KFC sedang menawarkan baucer sebanyak RM500? Wow! Banyaknya! Aku pernah menulis mengenai Baucer Kfc 2016 percuma untuk semua! Tetapi tidak lah aku cakap KFC nak beri baucer sebanyak itu ya!

Ramai sebenarnya yang mengharapkan untuk dapat baucer KFC RM500 tu. Yelah! Banyak tu, bukan sedikit, boleh tahan beberapa bulan bagi seorang. Kalau keluarga, mungkin sebulan. Atau mungkin lebih awal dari itu? kan? Aku memang dari dulu, dari kecik-kecik hinggalah sekarang, memang suka sangat makan KFC berbanding fastfood yang lain. Tekak aku memang kena dengan ayam dia.

Kalau pergi mana-mana tu, selain daripada makan di gerai-gerai, aku memang pilih KFC. Sebabnya mudah dan aku dah biasa dengan menu-menu sedia ada. Pernah juga dapat baucer KFC ni, tapi tidak lah sebanyak seperti yang viral tu. Terfikir jugalah, kalaulah aku dapat banyak macam tu, rasanya, berbulan jugalah aku boleh simpan. Hahahaha.

Tetapi di saat, ramai yang berkongsikan perihal baucer KFC RM500 tu, syarikat KFC tampil menceritakan perkara sebenar. Yang membuatkan ramai orang kecewa. Yang sebenarnya baucer tersebut hanyalah mesej SCAM atau palsu. Ada pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkannya dan menjadikan ianya viral!

Adoi! Ramai peminat kfc yang teruja bila dapat tahu ada baucer sebanyak rm500 ni. Tetapi akhirnya kecewa kerana ianya Cuma berita palsu. Terpaksalah keluar duit macam biasa untuk makan snack plate kfc. Hahaha. Terbayang juga pada awalnya, kalaulah dapat baucer sebanyak tu, boleh buat kenduri KFC bersama kawan-kawan dah! Hehe.

Oklah! Bagi mereka yang mencari cerita mengenai baucer KFC RM500 tu dekat blog ceritaejoy, ni aku nak beritahu yang baucer itu tidak wujud dan pihak KFC sudahpun mengesahkannya. Itu semua SCAM dan dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Ok? Oleh yang demikian, gunakanlah wang yang ada di dalam dompet untuk menikmati hidangan terbaru dari KFC. Hehehe.
loading...

2 ulasan:

  1. dah agak dah, ramai yang shared kan kat whatsapp dan mesengger, rasanya tahun lepas pernah juga berlaku yang sama.. jom ejoy lanjer Kepci kak ana seketul :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. eh..nape mintak seketul je..mintaklah family bucket..hehehe

      Padam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com