Astro mohon maaf parodi meletup yuna. - ceritaejoy

Astro mohon maaf parodi meletup yuna.

5:01 PTG

www.ceritaejoy.com

Astro mohon maaf parodi meletup yuna | Rasanya semua pun dah tengok video parodi Crush nyanyian Yuna and Usher yang dilakonkan oleh Jihan Muse dan seorang lelaki. Rancangan berbahasa melayu yang dihoskan oleh nabil dan Neelofa itu memaparkan pelawak Shuk SYJ, yang di solek “blackface” bertindak sebagai penyanyi Afrika-Amerika (usher) memanjangkan tangannya kepada pelawak Jihan Muse * seperti tangan usher yang ingin memeluk Yuna* tetapi sebaliknya dia sujud.

Bagi yang tidak tahu, “blackface” adalah 1 bentuk hiburan yang bermula pada pertengahan abad ke-19 di mana orang-orang kulit putih mengecat muka mereka dengan warna hitam dan bermain watak-watak Afrika-Amerika *kulit hitam*. Persembahan itu adalah 1 bentuk penghinaan kepada orang kulit hitam. Blackface adalah sesuatu yang sangat sensitive!

Dalam tweet terbaru astro, astro menyatakan mereka ingin memohon maaf kepada Yuna & Usher di atas video parodi terbaru dari mereka, yang merupakan kelemahan daripada pihak astro sendiri. Dan pihak astro juga telah memadam video tersebut dan berharap orang ramai tidak menyebarkan lagi video tersebut di dalam laman sosial.

www.ceritaejoy.com

Namun, yuna meluahkan rasa terkilan beliau dengan video parodi meletup tersebut yang dianggap boleh menghancurkan karier beliau sebagai penyanyi antarabangsa. Ia adalah sesuatu yang amat menyedihkan apabila rakyat malaysia dikatakan tidak sensitive dengan perkauman, dengan memainkan watak “blackface”.

Apa pun, kami harapkan semuanya akan kembali “normal”. Astro juga sudah memohon maaf di atas kesilapan mereka. Dan diharap, rakyat malaysia peka di dalam isu ini dengan tidak menyebarkan lagi video parodi meletup yuna tersebut. Semoga yuna terus berjaya di persada seni antarabangsa!

You Might Also Like

3 comments

  1. Tak sangka parodi yang jadi viral menjadi ketidaksenangan buat yuna. Semoga Astro jadikan pengajaran.

    BalasPadam
    Balasan
    1. mungkin mereka terlepas pandang isu ni..apa pun, astro dah minta maaf dah..

      Padam
  2. makasih gan infonya dan salam sukses

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email