Akhirnya aku di tipu dengan peniaga online. - ceritaejoy

Akhirnya aku di tipu dengan peniaga online.

9:26 PG

www.ceritaejoy.com

Akhirnya aku di tipu dengan peniaga online | Yang sebenarnya, aku dah banyak kali banyak mengenai kes kena tipu dengan peniaga online ni. Kebanyakkannya, kes beli barang dekat mudah atau fb. Dah bank in duit, tapi barang tak sampai-sampai juga. Hebatnya lagi, walaupun dah banyak kes jadi, tetap juga ada kes penipuan peniaga online ni. Nak dijadikan cerita, aku pulak yang terkena! Mungkin jumlahnya kecil jika dibandingkan dengan orang lain, tapi RM100, kalau dibuat belanja, boleh tahan seminggu jugak tu!

Ceritaejoy macam ni, aku berminat dengan seekor ayam hutan ni. Bukan original ya! Kalau original, perlukan lesen dari perhilitan. Ni yang dah kacuk ayam biasa. Mulanya aku tengok-tengok dekat facebook,ternampaklah iklan seorang rakan ni. Mata aku ni, kalau dah terpaku dengan sesuatu benda tu, memang terus private message je.

Mulanya, rakan tu cakap, harga siap pos adalah RM160. Maklumlah, waktu-waktu macam ni, duit yang ada pun tak banyak. Yang tinggal untuk suka-suka cuma RM100. Aku pun terus teranglah cakap duit Cuma ada 100. Mulanya dia cakap harga paling kurang boleh bagi adalah RM140. Tapi aku berkeras juga cakap, duit Cuma ada RM100. Waktu tu masih tak nampak lagi nak kena tipu dengan peniaga online ni.

Lama jugalah aku diam. Last-last dia mesej beritahu, bolehlah, harga siap pos RM100. Aku yang memang berkenan dengan ayam hutan dia tu, terus lah suka hati. Yelah, harga siap pos macam tu, kira murah sangat pada aku! Pun aku masih tak dapat tangkap yang aku ni nak kena tipu. Balik je kerja, aku terus bank in tanpa rasa bersalah. Mulanya memang rasa macam pelik, tapi aku teruskan jugak bankin. Hati tu memang dah terkata-kata yang macam nak kena tipu.

Lepas dari bankin, aku terus sent detail. Wah, awalnya, memang dia reply semua mesej aku. Sampai waktu malam, aku still mesej dia tanya. Kebiasaannya, kalau pos guna bas, waktu penghantaran adalah sekitar jam 2230. Itu waktu standard bagi aku. Aku still mesej peniaga penipu tu, tanya dah pos ke belum. Jawapan dia, akan pos jam 0200. Ha? Yang aku pun lurus, percaya walaupun aku sangsi sebenarnya, ada ke bas waktu pagi-pagi macam ni??

Jadikan cerita, aku tertidur dan terjaga jam 0345. Teruslah aku mesej dia. Mulanya, harapan aku bila terjaga tu, adalah detail macam jenis bas & no telefon driver, tapi hampa, kotak mesej kosong je. Tapi aku tetap juga mesej peniaga online penipu tu, minta dia sent kan pada aku semua detail tu. Pagi keesokannya, masih tiada lagi mesej. Orait! Aku dah nampak ada penipuan di situ!

Nak sedapkan hati, aku pergi juga ke stesen bas yang jaraknya 25 km dari rumah aku. Mungkin dia masih tidur. Itu cara aku nak sedapkan hati. Aku tunggu dari jam 0800 hinggalah jam 1130! Setiap bas aku tengok dan tiada satupun ada kotak yang tertulis nama aku! Dalam hati aku memang dah cakap, aku dah kena game dengan peniaga online ni. penipu! Hati aku time tu, adoi, hanya tuhan je yang  tahu. Dari awal pagi sampai lah tengahari aku call dia, langsung tak berjawab.

Disebabkan terlalu kecewa, aku post semua detail macam no akaun dengan no telefon peniaga online penipu tu dalam semua group yang ada dekat facebook. Dan disebabkan itu, macam-macam komen yang masuk sehinggalah saat entry ini ditulis! Rupa Nya bukan aku sorang je yang kena, ramai lagi yang kena. Ada yang kena tipu sampai RM250!! Adoi!

Ramai yang nasihatkan aku untuk buat report. Ya! memang aku nak buat report! Dan aku dah tanya dengan seorang rakan aku yang bekerja kat IPD, katanya memang boleh buat report asalkan semua detail ada. Ya! memang ada. Aku kadang pelik, dengan no akaun bank, semua detail kita boleh dapat termasuklah alamat rumah, tapi kenapa masih ada yang nak tipu ya? No telefon, bukan kena register ke kalau nak beli? Pun masih ada yang nak menipu lagi.

Apa pun, harini aku akan ke cawangan bank yang terdekat. Aku nak buat aduan pada bank. Kemudian, inshaAllah, petang aku akan cuba buat report polis. Mungkin ini sahaja lah cara yang dapat aku buat untuk hentikan ramai orang lagi yang bakal tertipu dengan peniaga online ni. Jumlah RM100 tu mungkin kecil pada orang lain tapi tidak pada aku! Aku akan usahakan juga untuk mendapatkan kembali wang tersebut. Semoga Allah permudahkan urusan aku. amin.

You Might Also Like

8 comments

  1. Memang ramai yang berani menipu untuk terus hidup.. Kekadang kita yang normal nie naik pelik RM 100 tipu orang bukan boleh buat si penipu kaya raya sehinga 7 keturunan pun..

    Pelik kan? Apa2 pun berhati-hati apabila berurusan dengan peniaga online..Jadikan pengajaran buat kita semua.

    Ikhlas dari
    AlongMisuari.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah...ni jenis yang malas usaha ni..tapi takpelah..jauh mana sangat mereka boleh tipu orang kan? hmm

      Padam
  2. kena hati2 juga dengan online seller ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah..kena hati-hati..sebelum ni memang dah hati-hati dah, tapi terkena juga.adoii

      Padam
  3. Semoga dipermudahkan urusan,, insyaAllah semoga dapat balik apa yg telah kita hilang rm 100 tu pun duit tuhh.. Pernah jugak kena tipu dulu sekali,,, lama dah,,tapi x leh balik duit tuh , buat masa sekarang ni berurusan dgn peniaga online lain mereka okay.. ..kadang - kadang kalau berurusan dgn peniaga online macam ni, lebih kurang kita bertawakal je lah,,kalau terjadi sebaliknya mungkin ujian Allah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah..ada tanya beberapa rakan, kata mereka boleh dapat balik duit tu..apa pun kena usaha jugak..insyaAllah..

      Padam
  4. Balasan
    1. belum. yang sebenarnya dah malas nak fikir. mungkin itu rezeki dia..

      Padam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email