5 perkara yang perlu kita elakkan ketika bercuti di hotel. - ceritaejoy

5 perkara yang perlu kita elakkan ketika bercuti di hotel.

10:33 PG

www.ceritaejoy.com

5 perkara yang perlu kita elakkan ketika bercuti di hotel! | Percutian adalah kenangan terindah bagi semua orang. Siapa yang tak suka bercuti? Semua pun suka kan? Setelah lama berpenat lelah mencari rezeki, percutian dapat meredakan segala kepenatan tu. Tapi tahukah korang, jika korang tidak berwaspada dengan 5 perkara penting ni, mimpi indah korang bakal bertukar menjadi mimpi buruk!

Aku sendiri pun baru tahu pasal benda ni. Dan terus terang juga aku katakan, aku sendiri selalu buat benda-benda macam ni. Serius! Perasaan geli, takut semua datang serentak! Selamatlah waktu itu bercuti bukan dengan keluarga, terfikir jugalah kalau bersama keluarga waktu tu, tak tahulah macam mana jadinya. Ish!

Baiklah apakah 5 perkara tersebut?

Jangan guna gelas yang berada di dalam bilik air.

Aku memang akan guna gelas di dalam bilik air. Serius! Tapi lepas baca ni, memang aku tak akan guna! Baik aku bawa sendiri je dari rumah. Kalau perlu guna pun, aku akan rendam dengan air panas banyak kali. Ini adalah kerana, kebanyakkan staff yang mengemas bilik hotel, mereka tak akan bersihkan cawan yang berada di dalam bilik.

Ini adalah kerana masa yang mereka ada untuk bersihkan bilik tu singkat. Singkat dalam erti kata lain, masa yang ada tidak cukup untuk mereka bersihkan semua benda dalam bilik tu. Oleh yang demikian, samada mereka bersihkan cawan tersebut dengan kain ataupun dengan pencuci yang mungkin, digunakan untuk mencuci benda lain.

Jangan guna cerek air!

Waaa! Aku memang akan guna cerek air yang ada dalam bilik air. Samada untuk buat air atau masak maggi! Biasalah malas nak keluar, tak pun ketika berada di negara orang, jalan terbaik untuk kenyangkan perut adalah makan maggi. Mana datang air panas tuk masak? Guna cerek air la kan?



Kita tak tahu apa yang pelangan sebelum ni letak dalam cerek air tu. Berapa ramai orang dah menginap di hotel tersebut. Macam-macam ragam dan perangai kan? Ada pulak tu, aku baca dekat 1 blog ni, ada yang letak kondom dalam cerek air bilik hotel! Hah?? Kondom!! Adoi!

Jadinya! Kena usaha cari air panas atau tempat masak air lepas ni kalau bercuti dekat hotel! Kalau dah takda juga, terpaksalah masak air panas banyak kali guna cerek yang sama. Bila dah rasa yakin, baru guna. Ok?

Jangan percaya dengan keselamatan pintu hotel.

Hah? Kenapa pulak? Ada sesetengah hotel, kalau kita tengok, pintu bilik dia punya safety yang hebat! Safety dari segi susah untuk orang luar nak terjah masuk. Yelah, kita kadang bukan tahu, orang kalau berniat jahat. Perasaan waspada itu perlu sentiasa ada ok!

Ada blogger yang kongsikan, pintu hotel sebenarnya sangat mudah dibuka samada oleh mereka yang sudah biasa mengendalikan pintu tersebut ataupun staff hotel. Oleh yang demikian, kita kenalah ada inisiatif sendiri di dalam mengawal keselamatan diri dan keluarga, dengan cara, bawa sendal pintu sendiri.

Tak kisahlah apa-apa pun, janji dapat menghalang pintu tersebut mudah dibuka dari luar. Ok?

Jangan guna air paip untuk memasak.

Ha, ini memang aku tak buat. Sebab aku kurang yakin dengan kebersihan air yang ada dekat bilik hotel tu. Kalau mandi takpa, sebab dia lalu luar je, kalau minum, air tu berada dalam badan kot! Kenapa tak boleh guna air paip yang ada dalam bilik hotel tu untuk memasak?

Tak payah pergi jauh, dekat Melaka ni pun, ada cerita mengenai kualiti air hotel yang dikatakan sangat teruk. Tak perlulah aku beritahu hotel mana, kalau search mesti jumpa. Jadinya, nasihat aku, jangan guna air yang ada dalam bilik tu untuk masak dan minum.



Keluarkanlah sedikit belanja untuk beli air mineral. Apalah sangat harganya jika dibandingkan dengan kesihatan diri dan keluarga. Betul tak?

Jangan bersandar pada tingkap hotel.

Ini benda yang sangat penting! Tolonglah nasihatkan pada adik beradik, ibubapa, atau anak-anak. Jangan sesekali bersandar pada tingkap hotel! Biasa dengar kan, berita kanak-kanak ataupun orang tua yang terjatuh dari tingkap hotel?

Selain daripada kes bunuh diri, kes terjatuh dari tingkap hotel juga banyak terjadi. Ini adalah kerana, tahap keselamatan tingkap hotel itu sendiri tidak menyakinkan. Ada berita yang mengatakan, kekurangan pemeriksaan tingkap hotel adalah penyebab kepada kes kemalangan yang tidak diingini ini.

Oleh yang demikian, tolonglah nasihat dan pantau anak-anak kita. Jangan bagi mereka bersandar pada tingkap hotel. Ini dapat mengelakkan perkara yang tidak diingini daripada berlaku.

Baiklah, inilah 5 perkara yang perlu kita elakkan ketika bercuti di hotel. Nampak macam simple je kan? Tapi boleh mendatangkan kemudaratan jika kita tidak berhati-hati. Semoga percutian kalian menjadi kenangan terindah buat semua. Ok?

You Might Also Like

8 comments

  1. Singgah pagi di sini ♥
    nice sharing la...
    sbb itu antara yg selalu kita buat..
    lepas nie nampaknya kena lebih berhati²

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup...saya pun sama selalu buat benda ni, so, lepas ni kena lebih hati-hati..yer

      Padam
  2. adoi..seram plak bila dah baca..takmau tinggal kat hotel dah pasni

    BalasPadam
    Balasan
    1. ish..jangan musnahkan kebahagian percutian tu, boleh je duk hotel, tapi kena elakkan 5 benda ni. hehehe

      Padam
  3. rasa macam seram nak menginap kat hotel pas ni kan... tapi sy rasa, hotel tak sesuai dh utk keluarga sy kalau nk bercuti, kna sewa homestay...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe..ramai bunyinya tu..tapi kan, homestay lebih selesa kan? hehe

      Padam
  4. saya berkali keluar ot tapi itu satu perkara yang benar haa...kejam tak serius berlaku pada kami sekeluarga alahai nak bab cerek tu uh..teruk sungguh..

    BalasPadam
  5. 3 dari 5 perkara ni fe buat! Omg! Rasa seram geli pun ada nak pakai cerek hotel. Grrr~~

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email