3 sekeluarga maut di kelar di Melaka! - ceritaejoy

3 sekeluarga maut di kelar di Melaka!

4:15 PTG

www.ceritaejoy.com

3 sekeluarga maut dikelar di Melaka! | Waktu aku tengah minum-minum dengan kawan-kawan waktu rehat pagi tadi, aku terima mesej melalui aplikasi whatsapp. Katanya ada kes pembunuhan berlaku di bertam malim Melaka. Aku forward mesej tu masuk dalam group aku kerana ada seorang rakan yang tinggal di bertam malim. Selepas mendapat tahu berita sebenar, barulah kami semua tahu, yang salah seorang mangsa adalah orang yang sangat kami kenal!

Entah apa motif si gila itu!


Suspek berjaya diberkas di kawasan masjid di bukit rambai Melaka! Suspek tinggal serumah. Ada yang kata sepupu, ada yang kata anak angkat, itu aku tak pasti, yang pasti dia dah bunuh orang! Tentang motif pembunuhan, itu masih dalam siasatan polis! Kalau tengok dari gambar, wajah suspek nampak normal, berjubah, namun berpenyakit mental!! Semoga rakan kami yang kini berada di wad kecemasan diberi keajaiban oleh yang maha esa! Baca lanjut.

Melaka: Tiga sekeluarga maut akibat dikelar manakala tiga lagi cedera dalam kejadian amuk lelaki dipercayai ahli keluarga di Kampung Bertam-Malim, di sini, 6.30 pagi tadi.

Ketua Polis Melaka Datuk Ramli Din berkata, setakat ini tiga mangsa disahkan meninggal dunia dalam rumah iaitu dua lelaki dan seorang wanita masing-masing berusia 70, 62, dan 22 tahun.

Beliau berkata, dua lagi mangsa wanita berusia 24 dan 27 tahun mengalami kecederaan parah di bahagian bahu manakala seorang lagi wanita berusia 80 tahun mengalami kecederaan ringan dan kini dirawat di Hospital Melaka.

"Kita sedang siasat motif pembunuhan namun suspek dipercayai ahli keluarga yang tinggal bersama dalam rumah ini.

"Kita sudah mengenal pasti suspek, lelaki berusia 26 tahun yang dipercayai penagih dadah tegar dan kita yakin suspek dapat ditahan dalam tempoh terdekat," katanya.

Beliau berkaya kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

You Might Also Like

1 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email