282 Penumpang dan 18 Kru Pesawat EK521 yang terbakar di dubai selamat. - ceritaejoy

282 Penumpang dan 18 Kru Pesawat EK521 yang terbakar di dubai selamat.

10:01 PG

www.ceritaejoy.com

282 Penumpang dan 18 Kru Pesawat EK521 yang terbakar di dubai selamat | Kesemua 282 penumpang Pesawat EK521 dari Thiruvananthapuram berjaya di selamatkan di dalam 1 kejadian “crash lands” di Dubai airport. Walau bagaimanapun, 13 orang mengalami kecederaan ringan dan ada sumber mengatakan ada anggota bomba yang maut.

Pesawat Emirates tersebut dikatakan cuba untuk terbang semula pada saat-saat akhir namun akhirnya kembali mencecah tanah dan mula terbakar! Para penyiasat masih melakukan siasatan dan pakar-pakar penerbangan berkata, masih banyak yang belum ditemui dan punca kemalangan masih belum diketahui.

www.ceritaejoy.com

Kesemua penumpang dan kru Boeing 737-300 itu berjaya diselamatkan apabila mereka berhasil keluar dari badan pesawat yang mula dipenuhi asap tebal. Daripada perkongsian gambar-gambar di laman sosial dan website, asap mula muncul daripada bahagian depan pesawat EK521.

Daripada perkongsian daripada beberapa blog, masalah awal di dalam eksiden pesawat EK521 ini adalah bermula daripada masalah roda depan pesawat yang tidak keluar. Dan ini mengakibatkan pesawat ini meluncur di atas landasan dan menghasilkan api. Namun, berita ini masih belum disahkan oleh pihak berwajib.

www.ceritaejoy.com


Akibat daripada insiden ini, lapangan terbang Dubai di tutup selama 4 jam dan dikatakan beroperasi semula selepas itu. Ini adalah kerana, Dubai International Airport di antara lapangan terbang paling sibuk di dunia. 

You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email