• Breaking News

    13 Julai 2016

    Tutorial Cara Pasang Page-level Ads Google di Blogspot.

    www.ceritaejoy.com

    Tutorial Cara Pasang Page-level Ads Google di Blogspot| Tadi waktu godek-godek akaun adsense aku, ternampak 1 mesej daripada pihak adsense. Ianya adalah mengenai jenis iklan baru iaitu Page-level Ads. Yang sebenarnya, ianya masih baru dan belum dilancarkan sepenuhnya lagi. Apa yang aku faham, tak semua yang dapat notis mengenainya dan bagi mereka yang sudah dapat, aku kongsikan tutorial cara pasang iklan ini di blog ya!

    Baiklah. Perkara pertama yang perlu korang buat adalah login masuk ke akaun adsense korang. 

    Kemudian klik pada bahagian My ads pada bahagian atas dan Page-level Ads BETA pada bahagian kiri tu.

    www.ceritaejoy.com

    Kemudian aktifkan bahagian status tu.

    www.ceritaejoy.com

    Seterusnya, klik pada bahagian Get code *ada pada bahagian bawah*

    www.ceritaejoy.com

    Dekat sini yang ramai orang tak tahu. Lepas ambil code tersebut, korang kena tukarkan dahulu code tersebut. Caranya adalah pastekan code tersebut di sini: http://www.blogcrowds.com/resources/parse_html.php.

    Tutorial Cara Pasang Page-level Ads Google di Blogspot

    Sebelum diparse:

    <script async src="//pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js"></script>
    <script>
      (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({
        google_ad_client: "ca-pub-5863576383179499",
        enable_page_level_ads: true
      });
    </script>

    Selepas diparse:

    &lt;script async src=&quot;//pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js&quot;&gt;&lt;/script&gt;
    &lt;script&gt;
      (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({
        google_ad_client: &quot;ca-pub-5863576383179499&quot;,
        enable_page_level_ads: true
      });
    &lt;/script&gt;

    Kalau korang tak parsekan dulu code tu, dan terus paste di template. Confirm tak menjadi punya. Jadi, sila parse dulu ya!

    Selepas dah parsekan code tadi, korang letak bawah <head>. Cari sahaja pada bahagian template korang. Lepas tu dah boleh save!

    Kalau korang nak tengok tersebut, korang cuma perlu masukkan #googleads di akhir url halaman. Contohnya, www.ceritaejoy.com#googleads.

    Dan ingat page-level ads hanya boleh dilihat di smartphone atau handphone yang menggunakan Android 4.0 keatas dan menggunakan browser google chrome. Page-level ads juga tidak akan muncul pada versi desktop ya!

    Tara! Selesai sudah Tutorial Cara Pasang Page-level Ads Google di Blogspot. Mudah kan? Yang sebenarnya, ramai yang tidak berjaya masukkan code tersebut sebab tak parsekan dahulu. Macam aku tadi, berulang kali buat. Tapi lepas baca tutorial, terus berjaya! Hehehe. Semoga perkongsian ini membantu kalian. Terima kasih.

    6 ulasan:

    1. wah berguna ni..bleh try cuba diblog gua..

      BalasPadam
    2. Tq, patutlah dah cuba banyak kali macam x jadi,,,hii,, nanti nak cuba ..lama dah tengok ada notification red tu...

      BalasPadam
      Balasan
      1. hehehe..nanti buat ya! dan semoga berjaya jana income dengan adsense...hehehe

        Padam

    Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

    Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

    Blogger Malaysia