Susulan Kes tembak Mati di Setapak Sentral. - ceritaejoy

Susulan Kes tembak Mati di Setapak Sentral.

8:52 PG

www.ceritaejoy.com

Susulan Kes tembak Mati di Setapak Sentral | Video Kes tembak di setapak kini tersebar di laman sosial facebook. Kalau kita tengok pada video tu, terdapat 2 buah motosikal dengan 4 orang suspek tembak. Menakutkan! Itu je yang aku boleh cakap. Kejadian berlaku pada waktu siang ketika ramai orang di atas jalan raya. Kalau korang perhatikan, ada seorang lelaki di atas lori pada bahagian depan kereta mangsa tu,hanya duduk diam dan memperhatikan apa yang berlaku.

Ada sebuah page terkenal, dalam post semalam, mengatakan, kalau lah beliau berada di dalam kereta Myvi yang kebetulan berada di lokasi kejadian, sudah pasti beliau melanggar motosikal suspek. Soalan aku, apakah yang akan korang lakukan jika korang berada di lokasi kejadian? Adakah melanggar kenderaan suspek tembak tu atau melihat sahaja? kerana risaukan ahli keluarga korang?

Kalau di tanya pada aku, melihat kepada Video Kes tembak di setapak semalam, aku akan memilih untuk menjaga keluarga aku. kenapa? Kerana, ada 2 buah motosikal. Kalau aku berjaya melanggar sebuah motosikal, ini bermakna ada sebuah lagi motosikal dengan salah seorangnya memiliki pistol. Atau mungkin kedua-duanya memiliki senjata? Tidak mustahil kita juga bakal menjadi mangsa mereka.

Lihat sahaja lah pada keberanian mereka! waktu siang! Dengan keadaan penuh orang! Bukan waktu malam. Tak mustahil kita juga boleh jadi mangsa mereka! Semakin lama semakin menakutkan! Kalau tengok rekod, sejak kebelakangan ni, banyak juga Kes Tembak Mati 2016 berlaku dekat malaysia ni. Tertanya-tanya juga, berapa ramai orang yang punya senjata api kat malaysia ni? Tak mustahil, kalau-kalau orang di sekeliling kita ni pun ada senjata api. Mana tahu kan?

Apa pun, Kes tembak Mati di Setapak Sentral semalam masih di dalam siasatan polis. Polis sudah semestinya akan sentiasa menjaga keselamatan malaysia. Namun kita sebagai rakyat malaysia, harus sentiasa berjaga-jaga dengan keadaan sekeliling. Takut juga, kita yang berada di kawasan sekitar, akan terkait sama. Semoga Allah melindungi kita semua daripada perkara yang tidak diingini. Amin.

You Might Also Like

2 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email