Ramadhan 2016 semakin menghampiri ke penghujungnya. - ceritaejoy

Ramadhan 2016 semakin menghampiri ke penghujungnya.

9:59 PG

www.ceritaejoy.com

Ramadhan 2016 semakin menghampiri ke penghujungnya|InshaAllah, tinggal 5 hari sahaja lagi kita akan berjumpa dengan syawal. Sememangnya, Ramadhan 2016 kali ini memberi seribu makna pada aku. Banyak perkara samada yang baik dan buruk berlaku dalam bulan mulia ini. Walaubagaimanapun, masih ada beberapa hari lagi untuk kita terus berbuat kebaikan dan berharap pahala nya digandakan oleh Allah S.WT.

Bagi sesetengah orang, pasti merasa sangat sedih. Ini adalah kerana, mereka takut jika tidak dapat berjumpa dengan Ramadhan yang akan datang. Namun, ada pula yang suka Ramadhan yang akan berakhir tak lama lagi. Katanya, mereka tak perlu berpuasa lagi. Mengenai hal itu, tak mahulah aku ceritakan dalam blog ceritaejoy.

Alhamdulilah sekali lagi kepada Allah, kerana rezeki aku dalam bulan Ramadhan 2016 untuk dapatkan full account adsense. alhamdulilah. Dan nampaknya earning semakin meningkat! Memang berbeza waktu guna account hosted dulu. Inilah permulaan pada aku untuk Buat Duit Dengan Adsense. insyaAllah.

Dalam beberapa hari ini juga, ramai blogger malaysia yang bercerita di dalam blog mereka perihal persiapan raya, kuih muih dan segala kelengkapan lain. Seronok dan meriah sungguh dunia blog dalam beberapa hari ini. Tak lupa juga pada rakan-rakan blogger Indonesia, blogger singapura dan blogger brunei.

Aduh! Ayat aku ni dah macam nak menyambut hari raya kan? Hehe. Maaf-maaf. Yang sebenarnya mood Ramadhan 2016 itu masih ada. Cuma hati ni terasa riang sedikit. Sebabnya adalah, hari ini merupakan hari terakhir bekerja dan kemudian cuti panjang! Wah! Tak sabar nak menempuh jalan raya yang penuh sesak! Hehe.

Disinilah seronoknya anak perantauan. Bila cuti panjang, pulang beraya ke kampung halaman. Dengar pula lagu raya! Aduh! Syahdunya! Cumanya, nasihat aku pada diri dan rakan-rakan lain, memandu lah secara berhemah dan jangan tergesa-gesa. Ikut aturan yang betul. Kalau penat, usahakan untuk cari tempat rehat *kerana semua sedia maklum, musim cuti RnR memang penuh*.

Namun, jangan lah dilupa, benar Ramadhan 2016 semakin menghampiri ke penghujungnya, tetapi ianya masih belum habis lagi. Masih ada berbaki 5 hari lagi. Masih sempat untuk kita terus-terusan berbuat kebaikan dan pahala. Dan semoga kita berjumpa dengan malam lailatul qadar. Ini adalah kerana, tiada siapa yang tahu, bila tarikh sebenar, malam yang lebih baik daripada seribu bulan itu.

Tahun ini, adalah tahun pertama Ramadhan dan raya tanpa ibu tercinta. Alangkah indahnya jika kalian dapat sedekahkan pahala Al-fatihah kepada arwah ibuku, zainab bte saad. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang dikasihi Allah. Tahun ini kami adik beradik kena ambil alih jaga Ayah kami dari arwah ibu kami. Nak kena cari baju raya dan persiapan raya untuk beliau.

Teringat waktu kecil-kecil dulu kan. Mak ayah kita sibuk sediakan baju raya untuk kita. Waktu tu, tak boleh pilih warna, kami adik beradik pakai je apa yang ada. Kami faham sangat waktu tu, mak ayah mesti pilih yang paling murah. Janji kami adik beradik dapat beraya dengan baju baru. Waktu tu memang seronok, sebab bukan baju yang menjadi keutamaan. Keseronokan yang beraya itulah yang penting. Hehe.

Yang sebenarnya, bila di ingat-ingat balik, memang lah ramai yang cakap, raya dulu lebih seronok berbanding sekarang. Sebabnya kita dah besar dan dah ada anak-anak *bagi yang punya anak-anak ya*. Zaman ini adalah zaman mereka. Cumanya mereka mungkin tak alami suasana raya seperti kita dahulu. Biasalah, keadaan pasti berubah dan kenangan itu pasti berbeza.


Baiklah. Dalam kesempatan ini, aku ingin mengajak semua agar menghidupkan malam-malam terakhir Ramadhan. Anggaplah ini adalah tahun terakhir kita berada di bulan yang penuh mulia ini. Ramadhan 2016 semakin menghampiri ke penghujungnya tidak akan bermakna jika kita hanya membiarkan ianya pergi. Sesungguhnya terdapat hari di mana ianya adalah lebih baik daripada seribu bulan. Amin.

You Might Also Like

2 comments

  1. salam ramadhan bro...dan semoga kita dpt menggunakan ramadhan tahun ni dgn sebaik mungkin

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email