9 Petua Agar Mewah Rezeki Dan Cepat Kaya. - ceritaejoy

9 Petua Agar Mewah Rezeki Dan Cepat Kaya.

11:32 PG

www.ceritaejoy.com

9 Petua Agar Mewah Rezeki Dan Cepat Kaya| Biasa kita dengar atau mengalami nya sendiri, setiap kali dapat gaji, wang tersebut pasti cepat habis. Atau mungkin, kita peroleh wang imbuhan daripada syarikat, tetapi akhirnya, ianya juga habis macam tu je. Kenapa? Ada yang cakap, ianya adalah ketirisan wang akibat daripada kegagalan kita mengawalnya. Itu dari segi pemikiran manusia. Bagaimana pula halnya dalam agama islam? Hari ini, ayuh, kita kongsikan beberapa cara atau 9 Amalan Mewah Rezeki Dan Cepat Kaya menurut islam.

Yang sebenarnya, dah banyak orang kongsikan mengenai amalan ini. Dan ianya juga tersangat lah mudah! Cumanya, mungkin kita terlepas pandang akan hal ini. Mungkin, selepas kalian baca 9 Amalan Murah Rezeki Dan Cepat Kaya menurut islam ini, kalian boleh merubah pemikiran kalian mungkin secara sedikit atau drastic! Perkara mudah, haruslah memperlakukannya juga mudah. Betul tak?

9 Amalan Mewah Rezeki Dan Cepat Kaya menurut islam.


1) Aku kongsikan maklumat ini, yang aku perolehi daripada facebook. Semoga ianya membantu kita agar rezeki yang diperolehi berkat dan wang yang masuk ke dalam akaun kita, insyaAllah, berlipat kali ganda. insyaAllah.

2) Perkara pertama yang paling mudah adalah dengan meletakkan bekas makanan dan minuman di luar rumah atau bahagian kedai yang di sekitar nya banyak kucing liar. Besar pahalanya beri haiwan-haiwan ini makan. Dan haiwan-haiwan ini juga akan mendoakan untuk mereka yang memberi mereka makan, percayalah!

3) Ambil sedikit wang dari gaji bulanan anda dan hadiahkan ke masjid-masjid atau sumbangkan kepada anak-anak yatim/orang miskin. Ianya samada dalam bentuk wang atau makanan. Ada juga kelompok rakan-rakan kita yang membantu golongan “homeless” dengan memberi kemudahan kepada mereka, ini juga bagus!

4) Ini perkara paling mudah. Sentiasa pastikan ada wang kecil di dalam dompet anda. Bertujuan untuk digunakan ketika perlu. Contohnya, di kedai runcit, mungkin ada pelanggan yang kekurangan wang untuk beli barang. Apa salahnya kita bantu. Itu termasuk dalam perkara memudahkan urusan orang. Kita bantu orang, Allah pasti bantu kita. kan?

5) Seterusnya, dalam 9 Amalan Mewah Rezeki Dan Cepat Kaya menurut islam adalah dengan membeli kitab Al-quran, kipas atau sejadah atau sebagainya, dan letakkan di masjid. Bayangkan jika ada yang membacanya dan merasa tenang setiap kali menggunakan barang itu, pahalanya berganda untuk anda. Dan rezeki itu pasti datang dengan sendirinya.

6) Gembirakan orang lain! Ya! dengan cara menggembirakan orang lain yang sedang di dalam kesusahan juga mampu membuka pintu rezeki yang luas kepada anda. Janganlah pula kita menjauhkan diri daripada mereka pula. Mungkin hari ini, hari mereka, esok lusa tak siapa tahu kan?

7) Jangan pernah menyimpan dendam di dalam hati. Ingat, hati perlulah sentiasa bersih. Bila hati bersih, pemikiran kita pasti terbuka dengan perkara yang baik-baik. Ingat, jangan pernah merasa tenang jika tidak pernah memaafkan kesalahan orang lain.

8) Berbaktilah kepada ibubapa. Ini perkara yang tersangat penting di dalam urusan Amalan Mewah Rezeki Dan Cepat Kaya menurut islam. Ibubapa adalah tunggak rezeki anda. Kalaupun mereka tergolong dalam golongan ibubapa yang kurang baik, mereka masih bergelar ibu bapa kepada anak-anaknya. Jadi, jagalah mereka sebaik mungkin. Mereka adalah harta yang tidak ternilai! Janganlah pernah kedekut untuk mengeluarkan wang kita untuk mereka. Habuan Nya, pasti berganda!

9) Akhir sekali, jagalah solat mu dan hubungan dengan tuhanmu. Kepada siapa lagi kita mahu meminta jika bukan dari yang Maha Esa? Jika semuanya terjaga, rezeki yang datang pasti tidak henti-henti dan akan terus berganda. Sentiasalah mengucapkan syukur ke atas segala nikmat yang diberikan oleh yang maha esa.

9 Amalan Mewah Rezeki Dan Cepat Kaya menurut islam ini jika dilihat bukanlah suatu yang membebankan. Namun, percaya atau tidak, masih ada yang tidak mampu melakukannya. Dan bila rezeki yang diterima kurang atau tidak lekat, mereka pasti akan menyalahkan semua benda. Ayuh! Berubahlah, mulakan dengan yang paling kecil hari ini dan menerima habuan yang besar pada masa mendatang. insyaAllah. amin.

You Might Also Like

1 comments

  1. Terima kasih atas perkongsian. Memang boleh dipratiskan. Saya pun praktiskan tips nombor 2 dan nombor 8 sejak dulu lagi. Alhamdulillah.

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email