Perlu Tukar Kad Atm dengan segera? - ceritaejoy

Perlu Tukar Kad Atm dengan segera?

9:14 PG

www.ceritaejoy.com

Perlu Tukar Kad Atm dengan segera? | Viral juga cerita ni sebelum ni. Katanya setiap pemegang Kad Atm Maybank dan Kad Atm Cimb perlu segera menukarkan kad mereka kepada kad yang baru sebelum July 31, 2016. Walaubagaimanapun, ada seorang blogger yang kongsikan jawapan kepada persoalan ini selepas pertanyaan beliau kepada seorang pegawai bank mengenai hal ini. Katanya penukaran kad atm sememangnya benar Cuma tempoh masa bagi penukaran itu sahaja yang tidak benar.


Kenapa perlu tukar kad ATM?

Ha. Ini soalan memang kerap orang tanya. Yelah, tiba-tiba je minta semua orang tukar kad atm, pastilah ada sebab kan? Kad sedia ada pun masih belum luput lagi. Ikut pada kad, boleh guna lagi 5 tahun lagi. Jadinya kenapa tiba-tiba nak kena tukar kan?

Sebelum cerita lebih lanjut, selepas aku baca dari blog sifu Seo Malaysia, Hasrul Hassan. Semua pemegang kad debit dan kad kredit malaysia perlu menukar kad mereka di atas arahan bank negara. Ini adalah kerana perlaksanaan sistem baru pada kad iaitu Pin & Pay.

www.ceritaejoy.com


Apa sebenarnya Pin & Pay ini?

Baiklah, selepas daripada pelaksanaan sepenuhnya kad ini, transaksi yang melibatkan kad debit/kad kredit tidak lagi memerlukan tandatangan sebaliknya hanya menggunakan no pin 6 digit. Bagi penerangan secara jelas, kalian boleh baca info di atas.

Manakala bagi mereka yang menanyakan soalan kenapa kad perlu di tukar dan apakah penggunaan pin itu lebih selamat, ini adalah jawapannya:

www.ceritaejoy.com

Dan jawapan kepada soalan mengenai penggunaan pin pula ada di bawah:

www.ceritaejoy.com

Mengenai keselamatan kad dan pin, anda dinasihatkan untuk tidak mendedahkan maklumat no pin anda pada mana-mana laman ataupun jangan sesekali memberikan no pin anda pada orang yang tidak dikenali.

Anda juga dinasihatkan agar tidak menulis no pin anda pada mana-mana bahagian bertulis dan menyimpan di ruangan penting seperti dompet anda. Ini akan memudahkan mereka yang tidak bertanggungjawab, menyalahgunakan akaun anda apabila berlaku kehilangan dompet.


Fuh! Ayat aku dah macam iklan dekat internet kan? Hahaha. Tapi itulah, kebiasaan orang kita, mesti guna tarikh lahir untuk no pin. Dan itu sebenarnya memudahkan orang lain untuk gunakan kad kita. Nasihat aku, guna no selain daripada tarikh lahir anda. yer! Baiklah, di harap penerangan ini dapat menjawab semua persoalan kalian. Terima kasih.

You Might Also Like

7 comments

  1. terima kasih untuk infonya :)

    BalasPadam
  2. Asslkm saya pemegang kad cimb bank first...apkah wajib tukar ke kad debit?bukan kah cas kad atm cimb yang mula2 sewa lagi murah dri debit mintak pencerahan bro trima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam..dari apa yang saya faham, semua jenis kad ATM perlu ditukar..mengenai permasalahan ini, tuan boleh hubungi bank untuk maklumat lanjut..:)

      Padam
    2. Betul, Kad ATM sebelum ni (sebelum kad ATM/Debit diperkenalkan) annual fee cuma RM8 itupun ramai orang bising.. Sekarang annual fee sudah naik RM15 + 0.90 Gst = RM15.90.. Mahalnya.. Senang btol bank buat duit.. Kad yang terbaru ni ATM/Debit dgn PayWave dan semua kad lama perlu ditukar ke kad yang baru ni.. Rasa tak adil untuk orang yg guna kad ni hanya utk keluarkan duit dari ATM machine sekali dua sebulan.. tapi kena bayar utk teknologi yg mgkin dorang tak gunakan (e.g Pin&Pay/Swap/Paywave).. Aku pun tak guna benda ni semua, cucuk duit kat atm je pastu belanja dengan duit yang ada ditangan.. Sekarang ni aku ada dua kad ni (Maybank&CIMB).. RM31.80 akan lebur setahun.. Geram lak rasanya..

      Padam
    3. Xperlu.debit, kwik, kredit kad je kena. yg mana boleh swept kalu nk shopping. dah ubah system.sign dah xlaku.nt masuk pin lak.ya kad debit fee lagi mahal 15gitu.atm biasa 8 je.xmsk gst.

      Padam
  3. artikel ini mengingatkan saya pada bibi saya yang kehilangan ATM nya bersama tas dan isinya....

    BalasPadam
  4. macam2 la sekarang. memang canggih jugak bila ada paywave bagai. :D
    dah tukar kad. kalau tak kena paksa memang rasanya taknak la tukar2 XD

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email