Klip video Ira Kazar menari tanpa seluar tersebar. - ceritaejoy

Klip video Ira Kazar menari tanpa seluar tersebar.

9:16 PG

www.ceritaejoy.com

Klip video Ira Kazar menari tanpa seluar tersebar| Belum reda lagi isu anak pelakon terkenal ini menari ghairah, kini muncul 1 lagi video tarian separuh bogel dari Ira Kazar. Yang sebenarnya, tak bogel sangat pun. Dia pakai baju labuh. Tapi tak pakai seluar la. Pada aku tak pelik mana pun. Sebab apa? Nama dia viral sebab dia anak pelakon terkenal je, cuba orang-orang biasa? Mesti tak ada orang nak ambil tahu. Pergi sahaja mall-mall yang ada, berapa ramai yang berpakaian macam dia. betul tak?

Aku ni tidaklah nak kata apa. Nak sokong pun tidak. Tapi pada mata aku, tak ghairah mana pun tarian Ira Kazar ni. Maaf cakap ya, nampak keras lagi. Itu pada aku. pada mata orang lain aku tak pasti la. Yang di goyang-goyang punggung dia tu, mungkin part itulah yang orang cakap nampak ghairah. Kemudian bila muncul Klip video Ira Kazar menari tanpa seluar, lagi la orang bercakap. Betul tak?

Kalau korang tengok klip video tu, ada beberapa pergerakan dia, semacam nak angkat baju tu naik. Eh, memang tak pakai seluar ke? Tak perlu lah fikir sampai macam tu kan? Mesti dia ada pakai punya! Hahaha. tapi kan, lagu yang dimainkan sama macam lagu tarian sebelum ni. Lagu yang sama, baju yang berbeza. Kenapa bayar lebih? Eh!

Aku faham perasaan seorang ayah bila orang bercakap perkara negative pasal anak dia. Nampak tak efek dia? Bila anak buat benda tak betul je,mesti orang cakap mak ayah dia. Walhal mak ayah dia ni, dah berbuih mulut pesan kat anak-anak. Tapi dibuatnya juga. Itu yang keluar Klip video Ira Kazar menari tanpa seluar tu!

Ingat senang ke nak jaga anak-anak ni, lebih-lebih lagi anak perempuan. Aku bukan nak backup kazar tu. Tapi aku faham perasaan dia. Kadang kita dah buat yang terbaik. Tapi disebabkan pergaulan, semua boleh berubah. Memang betul kita boleh kawal pergaulan anak-anak, tapi bila dia dekat sekolah, kolej, university, apa mak ayah perlu ada sepanjang masa ke?

Kena pula zaman sekarang ni, semua di hujung jari. Takkan kita nak larang mereka pakai hp? Internet pun mampu milik sekarang ni. Semua boleh akses. Itu yang aku cakap, mak ayah dah buat sehabis baik, tapi kalau anak tu nak buat juga, dia tetap buat. Kesudahannya, semua orang cakap mak ayah tak pandai jaga anak. Hmm. Kena pulak Klip video Ira Kazar menari tanpa seluar tu. Lagi la panas orang bercakap. Betul tak?

Bila berlaku kes macam ni, aku teringat kes gadis yang berlakon kena culik tu. 1 malaysia kena tipu. Aku tak hairan dengan gadis tu. Tapi Aku sedih dengan keluarga yang terpaksa tanggung malu tu. Terkesan aku dengan kata keluarga dia. Ayat dia lebih kurang macam ni la, “ingat senang ke nak jaga anak perempuan”. Memang aku akui, bukan senang nak jaga. Alasan dia macam yang aku ada cakap dekat atas tu.

Apa pun, tak usahlah kita ni asyik bercakap pasal orang lain. Dah dia macam tu, tegurlah elok-elok. Bukan apa, takut nanti kena pulak dekat anak kita. Mungkin hari ini, tersebar Klip video Ira Kazar menari tanpa seluar. Mana tahu, tiba-tiba, keluar pula video anak kita? Itu yang semua ibubapa takutkan. Termasuklah aku. Apapun, kita doakan yang baik-baik sahaja lah yer.


*Tak ghairah mana pun tarian tu. Hehehe *

You Might Also Like

1 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email