Kesesakan luar biasa! - ceritaejoy

Kesesakan luar biasa!

1:06 PTG

www.ceritaejoy.com

Kesesakan luar biasa!| Tidak sah jika tak berbicara mengenai Kesesakan Di Lebuhraya Utara Selatan bila sampai musim cuti perayaan yang panjang. Dan hampir setiap tahun jugalah aku terpaksa memandu lebih daripada 10 jam semata-mata untuk pulang beraya di kampung. Ada yang kata, inilah keseronokan anak perantau bila pulang beraya. Tapi kalau kena mandu sampai 15 jam, penat jugak tu. Hehe.

Daripada pemantauan rakyat biasa seperti aku, tidak banyak kenderaan yang menggunakan lorong kecemasan. Tidak seperti sebelum ini. Ini mungkin disebabkan oleh kesedaran ramai pemandu akan pentingnya lorong kecemasan ini dikosongkan. Mungkin juga, ramai pemandu yang sedar mereka boleh dikenakan SAMAN jika menggunakan lorong kecemasan.

Kegunaan Lorong Kecemasan


Ramai yang mungkin tidak tahu kegunaan sebenar lorong kecemasan ni. Ramai yang beranggapan, ianya adalah lorong untuk memotong apabila berlaku Kesesakan Di Lebuhraya Utara Selatan. Bagi yang tidak tahu, lorong kecemasan adalah khas untuk kenderaan yang rosak sahaja! Dan juga laluan bagi ambulance, polis ataupun bomba jika berlaku kes-kes kemalangan ataupun kebakaran!

Nyawa manusia mungkin boleh diselamatkan jika pihak terlibat cepat sampai ke tempat kejadian. Namun, ramai daripada pemandu yang tidak sedar akan hal ini. Pada mereka, masa mereka lebih penting dari segalanya. Mungkin tidak kena pada mereka. Jika berlaku apa-apa pada mereka, sudah pasti, mereka juga inginkan pihak terlibat cepat sampai kepada mereka.

Lorong Kecemasan Bukan Lorong Motosikal.


Mengenai isu ini pula. Aku kurang pasti akan kesahihannya. Ini adalah kerana, terdapat beberapa lokasi yang meminta penunggang motosikal menggunakan laluan paling kiri. Kalau sebut paling kiri, sudah semestinya ianya adalah laluan kecemasan. Pada aku tiada masalah jika motosikal menggunakan laluan ini. Ini adalah kerana, motosikal dengan mudahnya memberi laluan kepada kenderaan pihak berkuasa jika dibandingkan dengan kenderaan 4 roda yang lain.

Berbalik semula kepada cerita Kesesakan Di Lebuhraya Utara Selatan tadi. Bila cerita pasal kesesakan sahaja, cerita Kemalangan Di Lebuhraya pasti berkait. Tetapi ajaibnya kali ini, aku tidak berjumpa dengan apa-apa kejadian kemalangan sewaktu pulang dari utara ke Melaka jumaat lalu. Namun, ada kejadian bas melanggar 10 buah kereta di lebuh raya jelapang selepas terowong menora. Itupun selepas aku selamat tiba di Melaka!

Kalau tengok pada Video Kemalangan Di Highway tersebut yang dikongsikan mungkin oleh pihak plus, nampak semacam bas tersebut mengalami masalah brek selain ianya di pandu laju. Yang lebih menakutkan adalah, laluan tersebut adalah laluan yang sama digunakan aku untuk pulang ke selatan! Tak terbayang jika aku dan keluarga yang berada di lokasi tersebut! Alhamdulillah, kami dijauhkan dari segala perkara yang tidak diingini. Amin.

Bayangkan, kita perlu menempuh perjalanan yang panjang. Ditambah pula dengan Kesesakan Di Lebuhraya Utara Selatan yang sungguh luar biasa, sudah pasti keadaan tubuh menjadi terlalu penat! Dan daya tumpuan menjadi lemah. Bila semua ini bergabung, jika tiada kesedaran untuk merehatkan diri. Di tambah pula dengan kesabaran yang kurang, sudah pasti kemalangan boleh terjadi!

Bila kemalangan terjadi, ada pemandu yang tiada kesedaran diri dengan menggunakan lorong kecemasan. Kesesakan Di Lebuhraya Utara Selatan akan menjadi berkali ganda! Oleh sebab itulah, jangan pentingkan diri sendiri dengan menggunakan lorong kecemasan! Ish! Tension pulak aku bila cerita pasal lorong kecemasan dengan highway ni!

Apapun aku dah selamat tiba di Melaka sabtu lalu selepas menempuh perjalanan hampir 15 jam! Alhamdulilah juga kami dielakkan dari sebarang kejadian yang tidak diingini walaupun pada awalnya kami berhadapan dengan masalah lampu check engine menyala! Memang aku risau betul waktu tu. Yelah, baru sahaja memulakan perjalanan, terus menyala lampu tu. Siapa yang tak risau kan?

Apa pun, mood raya masih ada. Pasti banyak jemputan rumah terbuka selepas ini. Apa pun, hati-hati memandu dan jika perlu menggunakan lebuhraya, jangan sesekali gunakan lorong kecemasan ya! ingatlah mungkin harini hari orang lain, mana tahu 1 hari nanti, hari kita pula? Kan? Masih belum terlambat untuk aku ucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin kepada semua pembaca blog ceritaejoy! Terima kasih kerana sudi singgah ke blog kecil ini ya!

You Might Also Like

4 comments

  1. Biasalah tu bila tiba musim perayaan.. ehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. orang cakap..baru rasa anak perantau..hehehe

      Padam
  2. tahun ni memang jem gila...nasib baik aku sempat beli tiket flight....

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah..mula tu nak naik kapal terbang..tapi wife nak naik kereta..katanya, baru rasa balik kampung..bestnya, dia tidur je dekat sebelah..kita yang penat memandu..adoiii

      Padam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email