Kes culik kanak-kanak semakin menjadi-jadi! - ceritaejoy

Kes culik kanak-kanak semakin menjadi-jadi!

10:02 PG

www.ceritaejoy.com

Kes culik kanak-kanak semakin menjadi-jadi| Nampaknya kes culik kanak-kanak kembali menghantui ibubapa dan keluarga di malaysia. Sindiket Culik Kanak-kanak kembali mengganas! Mereka tak kira masa dan tempat. Kalau sebelum ini, mereka mengambil kira masa dan cuaca, tapi sekarang, di siang hari pun mereka berani menculik! Ini suatu perkara yang amat merisaukan!

Semalam, kawan kepada isteri aku, buat laporan polis kerana ada cubaan menculik anaknya. Berlaku di perkarangan rumah! Di siang hari! Modus operandi nya adalah dengan menyebarkan risalah dari rumah ke rumah. Bila mereka tengok ada budak-budak sedang bermain, mereka akan tarik kanak-kanak ni masuk ke dalam kereta dan bawa lari!

Kes Culik Kanak-kanak.


Sindiket Culik Kanak-kanak ini mencari kanak-kanak kecil mungkin di atas 2 tujuan. Samada ingin menjual organ kanak-kanak ini ataupun menjadikan mereka sebagai satu alat menjana income. Dah banyak berita yang kita baca mengenai Culik Kanak-kanak untuk Jual Organ ni.

Sebagai ibubapa, apa yang boleh kita lakukan? Bila dah jadi macam ni, dah tentu lah ramai ibu bapa yang takut nak bawa anak mereka ke tempat-tempat terbuka. Bagi ibu yang menjaga anak di rumah, yang mana suami keluar bekerja, kalau sebelum ni biasa bawa anak ke pasar, atau ke kedai runcit, dah takut nak bawa keluar anak masing-masing.

Cubaan kes culik kanak-kanak ni pulak dekat je dengan rumah aku. Jadinya, bila dengar je kes macam ni, memang lah aku akan kurangkan aktiviti luar isteri dan anak-anak aku di rumah. Kalau dekat dan aku yakin dengan kawasan tu, aku izinkan, tapi kalau jauh dan aku tak berapa familiar dengan kawasan tu, aku akan suruh dia tunggu aku balik kerja.

Bila dengar cerita-cerita macam ni, mula lah nak simpan macam-macam senjata. Betul tak? Mesti kita dah set dalam kepala kita, nak jadi apa, jadi la, janji jangan apa-apa berlaku pada anak-anak dan keluarga kita. Kalau tengok pada Sindiket Culik Kanak-kanak ni, mereka sanggup buat apa sahaja termasuklah mencederakan atau membunuh! Jadinya, kita juga perlu jadi seperti mereka kan? Sanggup buat apa sahaja demi mempertahankan keluarga kita!

Van Putih Muncul Lagi!

Ada juga aku tanyakan pada wife aku, apakah jenis kenderaan yang digunakan untuk culik kanak-kanak tu adalah van putih. Aku tak pasti kenapa mesti menggunakan van putih. Mengenai jenis kenderaan tu, kata wife aku, rakan nya kurang pasti, tapi katanya, pihak polis dah berjaya berkas orang yang cuba nak culik kanak-kanak tu. Jika benar seperti apa yang dikatakan, alhamdulilah!

Yang penting sekarang, dah banyak dengar pasal kes culik kanak-kanak ni. Memang aku perlu gandakan kawalan pada anak-anak aku lepas ni. Mengenai bahan-bahan “protection” tu pula, takpe lah, jika terkena, aku beritahu sahaja niat aku. Bukan untuk sesiapa, untuk mereka yang tersayang juga. Kalian juga dinasihati supaya lebih berhati-hati. Sindiket Culik Kanak-kanak ni sanggup buat apa sahaja. Dan sebagai ibu bapa, kita juga perlu sanggup buat apa sahaja. hmm!

You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email