Kerana wang atau kerana ilmu? - ceritaejoy

Kerana wang atau kerana ilmu?

8:59 PG

www.ceritaejoy.com

Kerana wang atau kerana ilmu? | Aku selalu berbagi rasa. Menulis kerana wang atau kerana ilmu? Sebagai contoh, usaha aku untuk Buat Duit Usd Online. Nak dapatkan Duit Dengan Adsense, kena menulis. Dan menulis itu adakah kerana wang USD yang bakal aku terima atau kerana rasa ingin mendapatkan ilmu atau berkongsikan ilmu yang aku ada dengan semua.

Bila niat menulis itu hanya untuk mendapatkan wang semata-mata. Terasa seperti susah untuk aku capai. Sebaliknya, kalau menulis itu kerana ilmu, wang itu akan datang dengan sendirinya. Betul tak? ke salah apa yang aku cakap ni? kalau salah, cepat-cepat betulkan yer.

Aku rasa, bila niat aku menulis tu lari sedikit, rasa macam berat je earning adsense aku tu. Hahaha. selalu jugak aku pantau akaun adsense aku tu. Bila la nak cukup USD100. Nampak tak dekat situ, apa niat aku sebenarnya? Hanya kerana wang. Bukan mudah sebenarnya nak ubah rasa ni. Yelah, bila kita dah tahu cara buat duit dengan blog, ia juga sama dengan usaha kita setiap bulan untuk dapatkan gaji. Betul tak? ke aku salah jugak?

Kadang-kadang jadi hairan dengan rakan-rakan blogger yang lain. Setiap bulan cashout adsense. Berjaya sungguh buat duit USD online ni. Atau cara yang aku praktikkan sekarang ni salah? Ada seorang rakan blogger yang Private message aku. Katanya lokasi iklan adsense aku salah. Alhamdulilah, lepas betulkan, ada la nampak peningkatan pada earning adsense tu. Tak banyak tapi ada la peningkatan.

Kadang-kadang, blog personal ni agak susah untuk Buat Duit Usd Online berbanding blog dengan niche hiburan atau isu semasa. Yelah, macam orang cari surat khabar pagi-pagi. Semuanya sebab nak baca isu semasa, apa yang berlaku di dalam dan luar negara. Bukan orang nak tahu cerita aku buat apa hari-hari Kan? Aku siapa? Bukan artis kahwin ramai pun. Ulps! Hahaha.

Ha! Kalau nak berjaya Buat Duit Usd Online ni, korang tulislah pasal cerita hiburan. Tu, cerita pasal Selena Gomez Datang Malaysia. Uisshh. Hangat sungguh isu selena ni. Katanya, ramai yang risau, isu terbukak sana, terbukak sini. Bab ni, tak mahu la aku komen. Selena Gomez tu tak datang malaysia pun, dah banyak isu bukak sana, bukak sini dekat malaysia ni. Yang open terus pun ada. Tu, kelab malam, cuba masuk sekali, tengok ada apa kat dalam. Ish!

Aku tak lah nak suruh korang masuk dalam kelab malam tu, tapi aku Cuma nak kasitau, yang kat dalam tu lagi teruk. Jadinya, kalau nak salahkan selena tu, kena tengok apa yang berlaku dekat sekeliling kita dulu. Aku pun tak lah sokong 100% Selena Gomez Datang Malaysia. Aku pun bukan minat sangat dengan dia tu. Hahahaha.

Ish! Dah jauh pulak aku lari ni. lari lari, kita lari, sambil nyanyi, hey yah! Hey yah! Teringat pulak waktu sekolah dulu. Waktu PT pagi. Hahahaha. Oklah! Cukup cerita aku setakat ni. Mukadimah di awal hari jumaat. Permulaan kepada penulisan blog ceritajoy. Semoga segala urusan aku dan kalian semua, dipermudahkan oleh Allah. Amin. Amin. Amin ya rabbal alamin.

You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email