Kembali menulis. - ceritaejoy

Kembali menulis.

10:13 PG

www.ceritaejoy.com

Kembali menulis| Setelah berehat panjang sempena Cuti Aidilfitri 2016, hari ini aku kembali menulis di blog ceritaejoy. Hmm, banyak sebenarnya yang aku kena check bila bukak blog harini. Maklumlah, kita ni bukannya Blogger Sepenuh Masa, trafik blog pun sedu sedan je. Hehe. Yang sebenarnya, banyak juga yang ingin aku ceritakan, maklumlah, lama sangat cuti menulis blog, jadinya cerita tu tersimpan jer dalam minda aku ni.

Baiklah! Perkara pertama yang aku buat, bila bukak internet ini adalah, check akaun adsense aku! hehe. Usaha Buat Duit Dengan Adsense aku nampak nya “sedikit” menjadi. Ini adalah kerana, ada peningkatan pada jumlah pendapatan blog. Hehehe. Kalau sebelum ni, jumlah nya sama je, tapi lepas tukar domain, terus naik! Alhamdulilah.

Yang keduanya, Usaha Buat Duit Usd Online dengan Popads pula sedikit lambat. Yelah, kita tak menulis, pengunjung pula tak ramai, jadi bayaran melalui click itu sedikit rendah. Baru ada USD3.85 dalam akaun. Nak kena cukupkan USD5 baru boleh cashout. Memang nilainya sedikit kalau nak cashout pun, tapi aku suka. Bila cukup je duit untuk cashout, aku akan keluarkan dan simpan dalam paypall. Hehehe.

Kemudian, aku check pula akaun 8Share dan Nuffnang. Alhamdulillah, selepas jumpa Teknik Buat Duit Online, earningnya cepat sungguh naik! Sekarang baru aku tahu, macamana ramai blogger malaysia yang buat income ratus-ratus dengan 8Share ni. Sebulan dapat income RM800, ok la kan? Dulu, tak pernah rasa pun, 1 iklan dapat sampai RM8. Sekarang, Alhamdulillah. Hehehe.

Mengenai nuffnang pula, aku sengaja biarkan akaun tersebut. Al-maklumlah, baru je cashout. Jadinya earning tu sedikit lemah. Kena pula akaun aku, akaun non glitterati. Memang kurang sedikitlah pendapatannya. Eh! Betul ke? Hahaha. aku tak pasti pasal tu. Tapi memang aku sengaja biarkan dahulu akaun nuffnang ni ya!

Orait! Tiada dapat jemputan mahupun review produk lagi sekarang ni. hahaha. Kadang-kadang aku gelak sorang-sorang. Kalau dapat jemputan tu, pernahlah sekali. Tapi aku tolak, disebabkan jarak perjalanan yang jauh dan masa yang tidak mengizinkan. Tapi, bab review produk tu. Aku pun tak pernah ada pengalaman. Belum pernah buat lagi rasanya. Eh! Lupa lah! Hahahaha.

Apa pun, memang aku nak cuba semua benda. Yelah, kata orang, pengalaman itu penting. Dunia blog ni sebenarnya luas. Sebab itulah aku buat blog ceritaejoy. Bukan sahaja sebab nak Buat Duit Dengan Adsense ataupun Buat Duit Usd Online yang lainnya, tapi disebabkan oleh perkongsian ilmu yang ada dan berkenalan dengan rakan-rakan blogger samada blogger malaysia, Indonesia, singapura dan brunei! Malahan dari blogger luar benua yang kadang-kadang aku sendiri pun tak faham apa yang mereka cakap. Hahaha.

Banyak lagi kelebihan yang bakal kita dapat dengan blog ni. Pucuk pangkal dari hati kita sahaja. dan tengok pada apa yang kita cari. insyaAllah. Semoga Allah permudahkan usaha aku di dalam segala perancangan yang telah di buat. Doakan juga aku berjaya di dalam bisnes kecil-kecilan aku ya. Semoga Allah juga memudahkan usaha itu dan menjadikan ianya berkembang pesat! Amin. Aku doakan juga kehidupan kalian dipermudahkan olehnya dan segala perancangan kalian akan membuahkan hasil. Amin. Amin. Amin.

You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email