Ira kazar tampil jelaskan isu Viral tarian separuh bogel. - ceritaejoy

Ira kazar tampil jelaskan isu Viral tarian separuh bogel.

8:27 PG

www.ceritaejoy.com

Ira kazar tampil jelaskan isu Viral tarian separuh bogel| Cerita mengenai Video Ira Kazar menari ghairah ada aku kongsikan di dalam blog ceritaejoy 3 hari lepas. Ramai yang mengecam beliau lebih-lebih lagi selepas video ira kazar menari tanpa seluar tersebar. Hari ini, Ira kazar tampil memohon maaf di atas keterlanjuran beliau di dalam video tarian tersebut. Jom kita baca cerita penuhnya!

Sebelum ini kecoh apabila anak kepada pelakon Kazar Saisi iaitu Ira Kazar telah memuat naik video 'gelekan maut' sehingga ianya menjadi viral.

Susulan itu, pelbagai kritikan yang diterima oleh beliau dan Kazar turut terkena tempias nya.

Menyedari kesilapannya, Ira atau nama sebenarnya Faghira Fatini Kazaruddin, 21, menganggap perkara yang berlaku itu sebagai pengajaran buat dirinya.

“Saya rasa semua dah sedia maklum dengan video saya yang menjadi viral dan saya ingin mohon maaf kepada semua yang tidak suka dengan tindakan saya.

“Video itu saya dah padamkan dan saya anggap perkara yang berlaku itu sebagai pengajaran buat diri saya.

“Selepas ini saya akan lebih berhati-hati sebelum memuatnaik sebarang video atau gambar di media sosial,” katanya ketika dihubungi Astro Gempak pada pagi Isnin.

Tambah Ira lagi, dia tidak mengetahui tentang video tersebut menjadi viral sehinggalah diberitahu oleh rakan-rakannya.

“Sebenarnya video itu saya muatnaik hanya sekadar suka-suka, tak tahu pula sampai jadi viral.

“Saya dapat tahu perkara ini pun bila rakan-rakan saya khabarkan pada saya mengenai video tersebut

“Saya rasa video ini menjadi viral kerana saya adalah anak kepada seorang pelakon.

“Sebenarnya video itu saya muatnaik hanya suka-suka dan saya rasa perkara ini menjadi viral kerana saya anak seorang pelakon.

“Selepas jadi viral memang banyak komen-komen negatif yang diberikan kepada saya namun benda dah jadi, nak tak nak saya kena terima.

“Bagaimanapun hubungan saya dan ayah baik, tak ada apa-apa masalah pun dan sebagai anak saya terima nasihat yang diberikan oleh ayah dengan hati yang terbuka.

“Sekali lagi saya mohon maaf sekiranya ada yang kurang selesa dengan tindakan saya,” Ira juga merupakan peserta ujibakat Akademi Fantasia 2016 telah menyedari kesilapan itu dan semoga isu ini tidak diperbesarkan lagi.

You Might Also Like

3 comments

  1. baguslah kalau dah sedar kesilapan diri sendiri...semua insan pernah buat silap

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup..betul tu, yang penting cepat sedar dan ingin berubah..kan?

      Padam
  2. kalau sedar kesilapan dan memang bertaubat oklah. jangan cakap je

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email