Apakah gaya rambut yang paling sesuai? - ceritaejoy

Apakah gaya rambut yang paling sesuai?

2:54 PTG

www.ceritaejoy.com

Gaya Rambut Lelaki Undercut. Zaman sekarang ni, atau lebih tepatnya di tahun 2016 ni, dah ada macam-macam gaya rambut. Yang sebenarnya, gaya ni daripada dulu pun dah ada. Tapi disebabkan pengaruh media massa sekarang ni, fesyen-fesyen rambut lelaki kini makin pelbagai. Ngetop kata orang! Hahaha.

Baik. Kenapa dan mengapa aku tiba-tiba nak bercerita pasal rambut nih. Ceritanya adalah..rambut aku dah panjang! Hahaha. Aku memang suka rambut panjang. Dari dulu, kini dan mungkin sampai bila-bila. Aku selesa dengan rambut yang panjang dan aku akan menjadi sangat rimas kalau rambut aku pendek! Sungguh aku cakap ni.


Tapi kan, bila anak sulung aku asyik bertanyakan hal yang sama berulang kali, aku mula terfikir. Hmm. Aku kena potong rambut ke? Yelah, anak sulung aku selalu tanya, "Ayah, tak nak potong ambut ke?", " Ayah, nanti kita g potong ambut ayah yer", dan yang paling tragis, "ayah, nanti kita g potong ambut ye, duit minta gan ibu". Adoii la! tragis!


Rambut aku takde lah panjang sangat pun. Dulu ayah lagi rock tau! Sebelum ayah nikah dengan ibu kamu tu. Rambut ayah lagi panjang dari rambut ibu. Ha! Sampaikan wan gan arwah tok marah ayah. Di suruh nya ayah potong rambut. Mana boleh! Tak rock la rambut pendek. betul tak? Hahahaha. Habis je sekolah, terus ayah simpan rambut tau. Hehehe.



www.ceritaejoy.com

Sekarang, anak dah dua, dan aku masih menyimpan rambut. Bukan apa, aku suka dengan fesyen Man Bun Styles. Tapi tidaklah aku simpan jambang segala. Nak berjambang apanya, aku janggut pun takda! Misai? Ala, hidup segan mati tak mau. Aku adalah lelaki yang tergolong di dalam mereka yang tak banyak bulu. Hahahaha.



www.ceritaejoy.com

Tapi man bun tu rasanya macam kena panjang sangat. Orait, gaya rambut aku sekarang adalah Top Knot Undercut. Dulu aku ok je simpan semua, tapi sekarang, cuaca macam makin panas, jadi aku sedikit rimas dengan rambut dekat bahagian tepi telinga tu. Jadi aku nipis kan. Bila dah nipiskan, dah tak boleh lah nak bergaya dengan gaya man bun kan? So, bergayalah dengan gaya top knot ni. Hehehe.


Itu gaya sekarang, tapi nih, macam mana nih? Aku rasa nak cari 1 gaya yang pendek tapi still nampak stylo. Wahahaha. Anak dah 2 kut, masih nak stylo ka? Takpe lah kan, sementara masih muda ni. Ahha. Sekarang ni famous dengan gaya undercut kan? Aku macam nak cakap yang gaya ini, dihangatkan kembali oleh wak doyok! Yelah, aku tengok dia je yang macam selalu gunakan gaya ni.


Aku macam dah jumpa beberapa gaya undercut yang menarik mata dan minda aku. Tapi itulah, gambar-gambar yang dikongsikan ni, semuanya model-model. Buat gaya rambut apa pun sesuai. Kita ni bukan model. Nak potong rambut kena tengok juga bentuk muka. Kang orang lain buat nampak cantik, kita buat nampak huduh pulak. Ayaks!


Ok, aku nak minta pendapat korang la, dalam semua gambar yang aku kongsikan dekat bawah ni, mana yang korang rasa ok dengan bentuk muka aku? Hehehehe. Jika sudi, kongsikan dalam ruangan komen di bawah ya! Terima kasih kerana sudi baca. Daa~



www.ceritaejoy.com

www.ceritaejoy.com



www.ceritaejoy.com

You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email