David Teo VS P Ramlee. - ceritaejoy

David Teo VS P Ramlee.

8:59 PG

www.ceritaejoy.com

David Teo VS P Ramlee| Hangat betul isu ni. Boleh juga dikatakan viral kerana ramai yang membicarakan hal ini. Manakan tidak, nama seorang legenda seni tanah air disebut-sebut atau lebih kasar nya lagi dihina kerana pengakhiran kehidupan yang teruk? Ramai sebenarnya yang tidak pasti kenapa perlu david teo mengaitkan nama seorang legenda dengan nasihat yang cuba beliau sampaikan.

Kalau kita baca balik kisah kehidupan P Ramlee, memang ramai yang tidak percaya. Mana mungkin seorang legenda di buat begitu rupa. Banyak juga cerita-cerita negative, mengenai rakan-rakan yang mengambil kesempatan, dan juga pihak-pihak berwajib yang seakan tidak mahu ambil peduli dengan P ramlee. Mengenai kesahihan dan cerita lanjut, kalian oleh baca sendiri di laman sosial FB. Kerana banyak juga cerita yang dikongsikan di sana.

Yang aku cuba sampaikan adalah, kesilapan David Teo. Nasihat beliau pada aku berguna jika tidak mengaitkan dengan mana-mana nama. Nasihat beliau adalah supaya, artis malaysia khususnya, menyimpan wang dan tidak membazir. Juga perlu ada cara lain di dalam usaha meneruskan kehidupan jika tidak berjaya lagi di dalam bidang lakonan. Itu mungkin maksudnya.

Namun, apabila David Teo mengaitkan nasihat beliau itu dengan Nama seorang legenda seni tanah air, ia adalah kesilapan besar! Jangan sesekali kaitkan apa sahaja dengan P Ramlee! Kamu sememangnya terlalu jauh untuk dibuat perbandingan. Aku terbaca tweet 1 rakan artis semalam. Katanya, P Ramlee adalah seorang seniman dan bukannya ahli perniagaan!

Kamu berdua memang seorang pengarah filem. Bezanya adalah, filem arahan David Teo hanya di tonton tak lebih dari 10 kali. Kalau lebih pun, mungkin sedikit. Kemudian pasti akan ada filem baru. Bezanya dengan P Ramlee, filem beliau di tonton sepanjang masa. Sudah berapa lama beliau meninggalkan kita? namun, filem-filem nya masih ditonton sehingga kini dan hebatnya lagi, masih mampu membuatkan kita sekeluarga ketawa!

Oleh yang demikian, janganlah sesekali mengaitkan apa-apa nasihat dengan kehidupan atau nama legenda P Ramlee. Kamu dan dia terlalu jauh berbeza. Nasihat kamu itu betul. Memang ada benarnya, Cuma bila mana kamu kaitkan dengan nama orang lain, lebih-lebih lagi nama seorang legenda, ia ternyata sungguh tidak benar. Diharap David Teo dapat membetulkan keadaan ini semula.

You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email