Cuba cabang baru buat duit dengan blog : Involve Asia! - ceritaejoy

Cuba cabang baru buat duit dengan blog : Involve Asia!

10:51 PG

www.ceritaejoy.com

Cuba cabang baru buat duit dengan blog : Involve Asia| Rasanya dah ramai yang tahu mengenai Involve Asia ni. Mungkin aku dan blog ceritaejoy je yang masih tak tahu pasal benda ni. Yang sebenarnya, aku dah pun register dengan involve asia, tapi aku masih tak tahu cara buat duit online dengan Involve Asia! Kena buat post ke? Atau sekadar letak banner di blog? Ish! Dah cari cara buat duit dengan involve asia ni, tapi tak jumpa yang betul-betul faham.


Cara nak register Involve Asia.


Tutorial ni banyak dikongsikan di google. Kalian boleh cari jika tak tahu macam mana cara nya nak register. Terus terang aku katakan, aku juga cari tutorial cara register Involve asia ni, sebab ada beberapa part yang aku kurang faham. Hmm, awal-awal dah tak faham, lagi lah yang dalam-dalam tu kan? Itu sangkaan awal aku.

Bila dah lulus, nah! Sungguh aku kurang jelas. Kebiasaannya, buat duit dengan blog cara affiliate ni, yang aku faham la, letak banner dekat blog, kemudian di bayar hasil daripada klik rakan-rakan pembaca. Atau di bayar jika ada yang beli. Tapi, dengan involve asia ni, perkara yang sama ke? Letak banner sahaja atau perlu buat post? Adoi!

Ramai yang dah berjaya buat duit dengan involve asia.


Ini benda betul! Ya! Sebab banyak aku dah tengok blogger yang bercerita atau post di FB, mereka dah dapat income dengan Involve Asia! Mereka juga bukan calang-calang blogger, top blogger malaysia tu! Dan atas alasan itulah, aku Cuba cabang baru buat duit dengan blog : Involve Asia ni! Cumanya aku masih belum jelas dengan Teknik Buat Duit Online cara yang ini.

www.ceritaejoy.com

Aku percaya, alasan bukanlah suatu yang perlu ada pada seseorang yang ingin berubah! Sama halnya sewaktu aku mula-mula ingin Buat Duit Usd Online dengan Popads dulu! Rasa was-was tu banyak! Tapi bila wang pertama USD masuk ke dalam akaun Paypal Haffizuliskandar, ianya adalah satu permulaan yang sangat baik bersama blog ceritaejoy!

Walaupun wang USD di dalam akaun Popads tidak menunjukkan peningkatan yang mendadak, aku tetap juga perlu bersyukur, kerana jumlah terkumpul setakat ini, semakin mencecah syarat pengeluaran. Aku jenis yang tak suka tunggu lama untuk cashout. Cukup je syarat amaun, aku akan cashout! Hehehe.

Bagi mereka yang tidak berjaya mendapatkan akaun Adsense, dan ingin mencari alternative Buat Duit Usd Online, bolehlah cuba buat duit dengan Popads. Boleh register dekat sini : www.popads.net/register.

www.ceritaejoy.com

Semakin berjaya dengan 8share!


Ok. Ni nak lari sikit dari tajuk asal tadi, Cuba cabang baru buat duit dengan blog : Involve Asia tu. Nak cerita sikit cabang buat duit dengan blog melalui 8Share pula. Alhamdulillah, selepas cashout beberapa minggu lepas, akaun terkumpul berbaki sekarang dah pun cecah RM27.20! 1 jumlah yang pada aku, ada peningkatan!

Kalau sebelum ni, aku perlukan masa yang lama untuk “cover” balik wang dalam akaun selepas cashout, tapi sekarang alhamdulillah, ada perubahan. Cumanya, sifat malas aku masih belum aku buang sepenuhnya! Dan juga beberapa masalah lain seperti iklan “emas”. Aku gunakan istilah ini bagi beberapa iklan dari 8Share yang aku anggap sebagai emas kerana target pembaca dengan klik yang tinggi!

Untuk cashout 8Share kali ini, aku cuba untuk capai target yang lebih besar. Kalau sebelum ni, aku akan cashout bila jumlah wang  sudah cukup, tapi kali ini, aku cuba untuk capai sasaran yang lebih besar. Ianya adalah kerana, aku nak uji, apakah Teknik Buat Duit Online dengan 8Share aku benar-benar menjadi atau tidak! Hehe.

Nuffnang & Bidvertiser di abaikan buat sementara waktu.

Bagi akaun nuffnang, aku akhirnya berjaya dapat cek pertama dari nuffnang! Itupun selepas kena reject beberapa kali. Ada aku ceritakan dalam blog ceritaejoy ni berkenaan kekecewaan aku dengan nuffnang. Jadinya, aku biarkan seketika akaun nuffnang ni. Biarkan dalam maksud, aku tak check akaun setiap hari. Mungkin 3 bulan sekali baru aku check. Mana tahu, wang berbaki berjumlah ratusan ringgit. Kan? Hehe.

Bagi Bidvertiser pula, ini juga cabang Buat Duit Usd Online yang baru aku join. Baru tak baru juga la, bulan juga masanya. Sengaja aku biarkan dahulu akaun ni, sama halnya dengan akaun nuffnang tu. Juga dengan niat yang sama. Mana tahu tiba-tiba, waktu kita buka, dalam tu dah berbaki USD500 ke? Kan? Wahahaha. Target tinggi sungguh!

www.ceritaejoy.com

Peningkatan dalam akaun adsense!


Sekarang Aku lebih fokus pada 8Share, affiliate dan google adsense. Suka aku melihat akaun adsense aku menunjukkan peningkatan hampir setiap hari. Tak banyak! Tak besar! Tapi ada peningkatan. Walaupun sedikit, namun ianya lebih baik daripada jumlah berbaki di dalam akaun adalah sama bagi setiap bulan. Kan?

Buat Duit Dengan Adsense ni seronok kalau kita tahu caranya. Aku berterima kasih pada rakan-rakan blogger yang tak henti-henti beri tunjuk ajar pada aku berkenaan Teknik Buat Duit dengan adsense ni. Apa yang mampu aku katakana, semoga kalian semua berjaya buat income besar dengan adsense. amin.


Baiklah! Inilah di antara yang sedang aku gunakan di dalam usaha buat duit dengan blog. Banyak lagi sebenarnya cabang buat duit dengan blog ni. Dan salah satunya adalah Involve asia. Dan atas alasan itulah aku Cuba cabang baru buat duit dengan blog : Involve Asia ni. Kata orang, ilmu ada sesuatu yang sangat luas. Jadinya, sentiasalah cari ilmu baru supaya kita sentiasa terus ke hadapan. insyaAllah!

You Might Also Like

3 comments

  1. semua dah cuba cuma cara nak tingkatkan earning tu jer belum mahir

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah..syok kan buat duit dengan blog ni. hehehe

      Padam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email