Cimb click akan bermasalah setiap kali kemasukan gaji. - ceritaejoy

Cimb click akan bermasalah setiap kali kemasukan gaji.

11:09 PG

www.ceritaejoy.com

Cimb click akan bermasalah setiap kali kemasukan gaji!| Masalah yang sama aku akan hadap hampir setiap bulan. Baru sekejap tadi, berulang kali cuba login masuk guna cimb click! Tapi tak berjaya! Penuh dengan masalah. Hairannya, cuba login masuk maybank2u, tiada pula masalah. Ok je. Dua tiga kali cuba login, ok je, tapi hairan, kenapa cimb click tak boleh?

Aku sungguh tak faham apa masalah sebenar cimb click ni. Mungkin ramai yang guna perkhidmatan ni, tapi takkan sampai bila-bila macam ni? Tak Akan setiap bulan nak hadap masalah tak boleh login cimb click ni? Aku tak pasti, mungkin rakan-rakan lain ok je boleh login cimb click, tapi aku memang bermasalah kalau nak login kalau tiba hari gaji dan juga dalam waktu tengahari.

Kadang, ada benda yang kita perlu uruskan segera. Ada juga yang nasihatkan aku, katanya orang lain pun ada urusan juga. Jadinya sabar la sikit. Aku Cuma boleh cakap, kenapa perlu nak fikir orang lain? Aku bukannya gunakan perkhidmatan di bank sana. Aku gunakan perkhidmatan online. Jadinya, kenapa perlu fikir kesusahan orang lain?

Dalam pada aku dok menulis ni, aku masih juga cuba nak login cimb click. Pun sama! Mengecewakan! Jadi hairan. Kalau aku je yang bermasalah nak login cimb click, kenapa login maybank2u ok je? Tiada masalah pun? Berulang kali masuk maybank2u. Langsung tiada masalah! Itu yang aku jadi hairan tu.

Apa masalah sebenar sistem cimb click ni ya? Ada sesiapa yang boleh bantu aku? Kenapa setiap kali masuk gaji je, dan masuk waktu tengahari, cimb click mesti bermasalah. Kenapa waktu lain ok je? Dan kenapa sistem bank lain ok je? Ada sesiapa yang boleh bantu aku tak tuk beri jawapan masalah ni? tolonglah!

You Might Also Like

2 comments

  1. Salam singgah pagi...
    Sama la kita...boleh dikatakan hampir 90% uruskan perkhidmatan on9 menggunakan cimb click..
    dan sama juga la dr pagi tadi cuba login tidak berjaya..stress juga..ntah sampai bila keadaan macam nie nak berterusan..Harap sgt pihak cimb bank buat penambahbaikan dr semasa ke semasa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. nampak macam tak akan ada apa-apa perubahan la..sebab dah lama macam ni. tah bila la pihak cimb nak betulkan sistem diarang ni..huhuhu

      Padam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email