Cara letak iklan adsense di tengah-tengah post - ceritaejoy

Cara letak iklan adsense di tengah-tengah post

9:04 PG

www.ceritaejoy.com

Cara letak iklan adsense di tengah-tengah post| Selepas tutorial Cara Pasang Page-level Ads Google Di blogspot,hari ini aku nak kongsikan pula tutorial untuk masukkan iklan adsense di tengah-tengah post. Ini juga adalah salah 1 Cara Buat Duit Dengan Adsense. Rasanya ramai yang perasan, mana-mana blog yang ada akaun adsense ni, pasti akan terselit iklan adsense di tengah-tengah entry mereka. baiklah! Cara nak buat pun senang, jom kita tengok satu-satu ya!

Perkara pertama yang kalian perlu tahu adalah, kalian mestilah ada akaun adsense. Kalau taka da, boleh lah mencuba apply dahulu akaun adsense ya!

Kemudian, pergi pada bahagian template blog *ada pada bahagian kiri blog*. Gunakan Ctrl+f dan cari code ini : <data:post.body/>. Yang sebenarnya banyak code ni dalam template, dan aku gunakan code yang kedua. Maksudnya, kita klik 2 kali. Code yang kedua keluar, dekat situ lah aku paste.

Cara letak iklan adsense di tengah-tengah post


Sebelum itu, aku nasihat korang untuk save dulu template sedia ada. Mana tahu tak jadi ke, bolehlah kita mula semula. Ok? Selepas jumpa sahaja code tersebut, korang pastekan dengan code di bawah ini:

<div expr:id='&quot;post1&quot; + data:post.id'/>
<div class='googlepublisherads' style='margin:20px 0'>
<center>
--Masukkan code adsense di sini--
</center>
</div>
<div expr:id='&quot;post2&quot; + data:post.id'><data:post.body/></div>
<script type='text/javascript'>
var obj0=document.getElementById(&quot;post1<data:post.id/>&quot;);
var obj1=document.getElementById(&quot;post2<data:post.id/>&quot;);
var s=obj1.innerHTML;
var t=s.substr(0,s.length/2);
var r=t.lastIndexOf(&quot;&lt;br&gt;&quot;);
if(r&gt;0) {obj0.innerHTML=s.substr(0,r);obj1.innerHTML=s.substr(r+4);}
</script>

Kemudian save dan lihat hasilnya. Mudah kan? Pasti akan ada ruang kosong di tengah-tengah entry korang nanti. Tapi sebelum apa-apa, code iklan yang diambil dari akaun adsense tu kenalah lah di parse kan dulu. Cara nak paste? Senang je. Search cara nak parse code adsense dekat google, banyak yang keluar nanti. Hehehe.

Orait! Dah settle. Mudah kan? Lepas ni confirm korang seronok sebab potensi untuk orang klik iklan adsense korang akan lebih tinggi sebab iklan korang berada di tengah-tengah post. Kalau dekat atas, tepi atau bawah, orang kurang tengok sikit sebab orang datang blog untuk baca apa yang kita tulis kan? Semoga tutorial Cara letak iklan adsense di tengah-tengah post ini memberi manfaat kepada semua ya!

You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email