Berpeluang memandu uji kereta Rolls Royce. - ceritaejoy

Berpeluang memandu uji kereta Rolls Royce.

9:17 PG

www.ceritaejoy.com

Berpeluang memandu uji kereta Rolls Royce!!| Ianya mimpi bilamana aku berpeluang memandu uji kereta mewah berjenama Rolls Royce ni! Bagai bulan jatuh ke riba rasanya! Manakan tidak, kereta berharga jutaan ringgit ini hanya menjadi koleksi orang kenamaan sahaja! Harga kereta dah sama macam harga sebuah banglo mewah. Jadi bila aku dapat peluang keemasan macam ni, mesti lah rasa bangga dan seronok tu penuh dalam dada. Betul tak? Nak beli Rolls Royce Phantom tu macam, ehem..ehem..hehe.

Ceritaejoy macam ni, aku dan keluarga ke majlis perkahwinan seorang rakan di pantai timur. Jauh juga lah perjalanannya kalau dari Melaka ni. biasalah, majlis kenduri kahwin macam ni, ramailah rakan-rakan yang hadir. Kejutan terjadi bila aku dan keluarga nak berangkat pulang. Rakan baik aku ni datang dan mengucapkan terima kasih kerana sanggup datang dari jauh.

Ala, majlis kawan baik, jauh mana pun, kena lah usaha datang kan? Tetapi, melihat kepada keadaan kereta yang aku bawa, ala,tak lah teruk sangat pun! Boleh je nak bawa keluarga jalan-jalan, tapi tidaklah seperti kereta sukan *kereta sport” rakan-rakan lain yang datang. Apa lah ada nya pada kereta kan? Aku Cuma cakap pada kawan aku, asal mampu bawa keluarga pergi mana-mana, dah cukup bersyukur dah.

www.ceritaejoy.com

Mungkin wujud perasaan simpati dalam hati rakan aku ni, lalu dipelawa nya aku gunapakai kereta dia. ha?? Biar kebenaran? Selamba je dia pelawa aku guna kereta Rolls Royce Wraith dia. Woi! Kalau nak dibezakan harga kereta aku dengan harga kereta dia, rasanya boleh beli beratus kereta aku ni! Mahal ya amat!

Orang dah pelawa, takkan nak tolak kan? Bagai pucuk dicita ulam mendatang je rasanya ni! hehe. Bila tengok je kereta Rolls Royce Wraith tu, hati aku dah dup dap dup dap. Menggeletar seluruh badan aku ni. yelah, mana pernah aku bawa kereta mewah macam ni. Lagi pulak jauh perjalanan dari pantai timur ke selatan. Huish! Dalam kepala aku dah mula terbayang macam-macam. Kalaulah jadi apa-apa atas jalan nanti. Macam mana? Kena pulak yang melibatkan kerosakan, mampu ke aku nak bayar? Ish!

Aku Cuma mampu berdoa je. Semoga perjalanan aku selamat sampai ke destinasi yang dituju. Keluarga aku? Jangan cakap la! Lebih-lebih lagi anak-anak aku. yelah, kereta besar macam Rolls Royce Wraith ni, seronok lah mereka main kat dalam tu! Ish! Aku pulak yang risau! Yelah, kalau lah terkoyak seat tu, macam mana? Tak mampu ayah nak bayar nak oii! Tolonglah jangan buat apa-apa yang pelik ya!

www.ceritaejoy.com

Habis semua di usik nya anak-anak aku. Banyak sangat button dalam kereta ni. Yang sebenarnya, aku pun jadi cam gayat sikit bila bawa kereta Rolls Royce Wraith ni. Tapi aku cover jelah, tak kan nak tunjuk kat anak-anak kan? Hahaha. wife? Duduk sebelah, bajet-bajet sopan. Walhal aku nampak anak mata dia meliar pandang sana sini. Hahahaha.

Mulanya semua rasa ok je. Tapi sesuatu yang kurang baik berlaku bila aku berhenti nak isi minyak. Al maklumlah, kita ni pakai kereta biasa je. Isi minyak pun biasa je. Aku isi lah minyak mahal dalam kereta Rolls Royce Wraith ni. Tapi bila aku nak start je, dia tak mahu hidup! Aduh! Dah kenapa ni? Ada apa-apa yang tak kena ke? Aduh! Jangan buat pasal oii! Jauh lagi nak sampai Melaka ni. Nak patah balik pun dah jauh. Aduh!

Memang kelam kabut aku dibuatnya waktu tu. Menggelabah habis! Waktu tu pulak la telefon nak berdering bagai. Memang aku buat tak tahu jelah. Semua tu tak penting! Tapi dia berdering lagi, aduh! Siapa pulak yang call waktu-waktu macam ni? aduh! Sudahnya aku dengar suara wife aku, sayup je dengar:

“ Sayang, bangun sayang. Dah dua kali jam loceng dekat Handphone tu bunyi. Kang lambat pula nak pergi kerja”

What?? Mimpi ke? Aduh! Kenapalah tak tunggu sampai Melaka baru tersedar dari mimpi indah ni? hahahahahaha. Aku bangun dengan senyuman yang melebar! Yelah, Berpeluang memandu uji kereta Rolls Royce tu! Walaupun bukan dalam alam yang nyata, aku tetap juga dapat memandu kereta Rolls Royce Wraith ni. hehehe. Aku yakin, bukan semua orang pun dapat peluang bermimpi macam ni kan? Hehehe.

Kalaulah. Ish! Aku tak mahu guna ayat kalaulah. Aku nak gunakan ayat, aku mesti punya banyak wang. Supaya aku boleh ada koleksi kereta mewah macam Rolls Royce Wraith ni. hehehe. Terima kasih ya sudi baca cerita mimpi aku subuh tadi. Hehehe.

You Might Also Like

2 comments

  1. Haaa dah tau dah mula- mula baca tu dah lain macam .. Anyway apa salahnya mimpi pun bukan bayar ,.verangan sekejap

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan? hehe. sebab mimpi bukan boleh set-set. mimpi tu semulajadi. dia datang sendiri. itu yang rasa happy tu. bukan senang nak mimpi bawa kereta mewah macam ni. hehehehe

      Padam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email