Amaran Yuna pada semua bloggers isu peluk usher. - ceritaejoy

Amaran Yuna pada semua bloggers isu peluk usher.

1:24 PTG

www.ceritaejoy.com

Amaran Yuna pada semua bloggers isu peluk usher| Yang sebenarnya, aku ada tengok juga gambar yuna peluk usher tu kat facebook. Biasalah, nama besar, segala macam cerita pasti cepat tersebar. Lebih-lebih lagi yuna adalah artis bertudung, lagi lah ramai yang bercakap-cakap kan? Aku tak mahu lah komen mengenai hal itu. Takut nanti, aku termasuk dalam kategori yang yuna maksudkan dalam artikel di bawah ini. ish!

KUALA LUMPUR: Penyanyi Yuna tampil membidas sikap netizen yang mengkritik beliau memeluk rakan duetnya, Usher, ketika mengadakan persembahan Live at The Roots Picnic 2016, di Philadelphia, Amerika Syarikat, baru-baru ini. 

Yuna menerusi laman Instagram miliknya berkata, pembabitan nya dalam industri muzik bukan kerana ingin mencari popularity mahupun memuaskan hati mana-mana pihak. "Khas untuk anda semua yang buat saya 'trending' hari ini. 

Seperti yang saya katakan sebelum ini, saya berada di sini bukan untuk memuaskan hati sesiapa. 

"Terutama buat lelaki yang tidak mempercayai kebolehan wanita. Puas kutuk saya macam-macam, tetapi apabila nampak di pusat beli-belah, anda juga yang mahu bergambar," katanya. 

Semalam, nama Yuna menjadi trending di laman sosial gara-gara video dirinya memeluk Usher selepas hampir selesai membuat persembahan pada acara tahunan berkenaan. Ketika itu Yuna dan Usher tampil menyanyikan lagu hits mereka, Crush. 

Bagaimanapun, masih ada yang mempercayai kejadian itu bukanlah secara sengaja dan Yuna pada awalnya mengelak untuk memeluk penyanyi lelaki terbabit, namun terpaksa beliau berbuat kerana menghormati artis berpengalaman antarabangsa itu. 

Dan Ini adalah Amaran Yuna pada semua bloggers isu peluk usher.

Dalam pada itu Yuna turut terkilan dengan segelintir penulis blog yang sengaja mahu memanaskan isu berkenaan bagi mendapatkan trafik pembaca yang tinggi. "Ada segelintir penulis blog pun sama. 

Kalau ada benda menarik, baru nak tumpang. Apabila tiada berita, cari dosa dan buka aib orang, pecah-belahkan bangsa sendiri sebab nak dapatkan trafik di blog dan iklan. 

"Semua sebab nak duit. Jangan ingat saya tak tahu apa yang anda buat untuk hidup. Kita bukannya bodoh. Ada satu peratus pembenci dan 99 peratus peminat yang sentiasa menyokong sejak terbabit dalam industri muzik, daripada hari pertama lagi. Jangan sesekali ingat yang saya lupa pada anda," ujarnya. 

Sementara itu, Yuna turut berkata, kejayaan beliau juga adalah disebabkan sebahagian peminat yang sentiasa memberikan aura positif kepada dirinya. 

Beliau turut berterima kasih pada media Melayu bertauliah, yang mengeluarkan cerita-cerita mengenai dirinya. 

"Alhamdulillah, saya berada di sini kerana aura positif anda. Terima kasih juga kepada media Melayu sebenar yang bertauliah, ada harga diri dan bertanggungjawab dalam menulis berita. Mereka datang kepada saya dengan cara elok bertanya khabar. 

"Saya berdoa agar Allah memberkati anda yang baik hati. Anda dan saya mempunyai perkara yang sama iaitu sabar, dan kerana itu kita mampu berhubungan," tuturnya.

You Might Also Like

2 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email