7 Senarai aktiviti paling menyeronokan bersama rakan-rakan! - ceritaejoy

7 Senarai aktiviti paling menyeronokan bersama rakan-rakan!

11:28 PG

www.ceritaejoy.com

7 Senarai aktiviti paling menyeronokan bersama rakan-rakan! | Zaman sekarang ni, dah macam-macam aktiviti kita boleh buat secara berkumpulan. Yang sebenar nya, dulu pun ada, tapi kita nak fokus dengan zaman sekarang punya aktiviti ya! Sesebuah aktiviti itu pasti menjadi lebih seronok bila dibuat secara beramai-ramai. Sebabnya, dalam ramai-ramai tu, pasti ada yang gila-gila, yang menjadikan aktiviti itu menjadi lebih havoc. Tapi janganlah sampai berlebih-lebih pula ya, takut jadi benda lain pulak nanti. Hehehe.

Bila baca 7 Senarai aktiviti paling menyeronokan bersama rakan-rakan ni, terus teringat waktu study kat kolej dulu. Maklumlah, waktu belajar kan, semua aktiviti buat dalam group. Sampaikan makan pun nak ramai-ramai. Memang best betul waktu tu. Kan? Entah ke mana lah semua geng-geng kolej dulu. Ada yang dah berumah tangga, ada yang masih mencari-cari. Itu rezeki masing-masing la ye. Hehe.

Antara perkara yang aku paling suka waktu dekat kolej dulu, adalah bila mana kitarang ponteng kelas dan g jamming ramai-ramai kat bandar Melaka. Hahahaha. Memang tak boleh ingat lah waktu tu. Kosong kelas waktu tu. Yelah, dah ramai-ramai ponteng. Memang tak ingat apa la waktu tu, tapi sekarang ni, bila ingat-ingat balik, rasa menyesal pulak ponteng kelas. Menyesal ke? Hehehe.

Tapi jahat kami waktu dulu, macam tu jelah. Bukanlah aku kata budak-budak sekarang ni jahat, cumanya “remaja” sekarang ni lebih extreme. Aku ni nak kata dah tua sangat, tak lah. Tapi kenapa aku tak pernah dengar pasal raver, hipster sebelum ni ek? Ke aku sorang je yang tak tahu? Hahaha. tapi serius aku nak tanya ni, tarian raver tu, memang macam gitu ke? Serius?

Ahh! Lupakan sekejap pasal semua tu! Bercerita sampai lupa tujuan utama post aku ni. orait! Artikel dan gambar aktiviti-aktiviti best tu, korang boleh baca kat entry <7 Senarai aktiviti paling menyeronokan bersama rakan-rakan!> Aku paling suka aktiviti #4. Tapi Item no #7 tu, macam menyeramkan sikit. Kot la jumpa benda yang bukan-bukan kat dalam tu macam mana? Ish! 

You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email