Your website has been approved to show AdSense ads. - ceritaejoy

Your website has been approved to show AdSense ads.

9:02 PG

Your website has been approved to show AdSense ads|Alhamdulilah! Syukur pada Allah, akhirnya, setelah 3 kali di tolak, hari ini aku memperolehi sesuatu yang amat menggembirakan! Permohonan untuk mendapatkan akaun non hosted adsense berhasil! Mulanya aku ingat, blog ceritaejoy tak layak, sebab banyak merapu dari share ilmu, namun ada rezeki aku untuk Buat Duit Dengan Adsense dekat situ, alhamdulilah.

Kalau ada yang membaca entry aku yang sebelum ini, berkaitan penolakan permohonan untuk mendapatkan akaun non hosted adsense, aku ada menyatakan bahawa aku bersedia untuk ditolak beberapa kali. Ini adalah disebabkan permohonan aku untuk mendapatkan akaun hosted adsense telah ditolak sebanyak 8 kali!

Itu sememangnya 1 pengalaman buat aku. Dan apa yang aku belajar adalah, jangan pernah putus asa di dalam melakukan apa sahaja kerja. Alhamdulilah juga, aku dikurniakan beberapa rakan blogger yang sudi menolong aku di di dalam merealisasikan impian aku untuk memperolehi 1 akaun non hosted adsense.

Mungkin ada yang bertanya, kenapa beriya sangat nak akaun non hosted adsense ni, kenapa nak sangat Buat Duit Dengan Adsense? Apa tiada lagikah laman web untuk Buat Duit Usd Online? Yang sebenarnya ada. Aku kini sedang menggunakan 1 laman web di dalam menghasilkan income di dalam USD. Kalian boleh baca di sini : Wang pertama daripada Popads.

Baik, jadinya kenapa nak apply juga akaun non hosted ni? Jawapannya adalah, jika benar dengan cara dan tekniknya, inilah sebenarnya lubuk Buat Duit Usd Online! Dan atas alasan itulah, kenapa yang ramai berusaha untuk memohon akaun adsense walaupun agak sukar untuk memperolehi.

Dan jangan ada yang tak tahu ya. Ada yang menjual akaun non hosted ni pada harga yang agak tinggi! Pernah aku lihat ada yang mahu menjualnya dengan harga RM1500. Lumayan bukan? Dan di antara kelebihan lain akaun non hosted adsense ini adalah, kita boleh letak iklan adsense pada mana-mana laman web yang kita ada. Amacam? Menarik kan?

Banyak lagi sebenarnya Kelebihan Google Adsense ni. Dan atas alasan itulah, aku tersangat gembira hari ini. hehehe. Dah berusaha untuk dapatkan akaun non hosted ni, sudah tentulah aku berharap untuk berjaya Buat Duit Dengan Adsense sekaligus berjaya Buat Duit Dalam Usd! Siapa taknak kan? Hehehe.

Aku tersangat berharap, semoga permulaan ini, akan dipermudahkan Allah. Dah ramai sebenarnya blogger malaysia yang berjaya buat income mudah dengan adsense. Mana tahu, ada rezeki aku bersama blog ceritaejoy untuk jadi blogger sepenuh masa. Kan? Seterusnya nak jadi Lifestyle Bloggers yang berjaya! Hihihi. Terima kasih sekali lagi buat semua rakan-rakan blogger yang banyak membantu. Terima kasih banyak-banyak!

You Might Also Like

2 comments

  1. tahniah bro..pasni makin kencang la income hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulilah..amin..semoga semacam itulah..

      Padam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email