The new Mercedes E class. - ceritaejoy

The new Mercedes E class.

11:26 PG

www.ceritaejoy.com


The new Mercedes E class|Pernah lihat aku bercerita mengenai kereta? Rasanya pernah sekali, aku bercerita mengenai kereta vessel dan jazz. Lama dulu. Baiklah, semua dari kita pasti punya kereta impian. Dah nama pun impian kan? Jika punya rezeki lebih, dapat lah beli, jika tidak, perlu juga usaha kerana rezeki Allah itu luas kan? Orait! Kereta impian aku adalah Mercedes Benz.

Yang sebenarnya, bukan Mercedes je yang aku suka, aku suka bmw, Ferrari, Nissan r35, pendek kata, kereta sport la. Dan kalau kereta “besar”, aku suka kereta Toyota FJ. Dan sekarang ni, sedang berusaha ke arah itu. Semoga dengan bulan Ramadhan 2016 yang mulia ini, Allah permudahkan dan buka semakin banyak jalan pada aku untuk dapatkan kereta tu, inshaAllah.

The New Mercedes Benz E Class.


Baiklah, pagi tadi, sewaktu buka email, aku terbaca mengenai hal ini dalam bahagian promotions. Wow! Merc! Rasanya tak perlu cerita pasal quality kereta ni kut. Jenama antarabangsa, yang dikenali hampir ke seluruh pelusuk dunia, dan ianya hanya di pakai oleh golongan professional sahaja. Ini adalah kerana “kepuasan” yang diberikan kereta ini kepada pemiliknya.

Macam yang aku ada cakap kan tadi, dah nama pun kereta impian, ini bermakna, kita sukalah tengok kan? Rasanya kalau di tanya pada orang lain pun, semua pun akan suka dan minat, dan ayat yang akan keluar sudah semestinya, “tengok boleh la bro, nak beli tu tak la”, betul tak? Hahaha.

The New Mercedes-amg E43 4matic.

www.ceritaejoy.com

Kalau bukak kat laman web Mercedes Benz, korang mesti boleh tengok iklan kereta ini. Hebat bukan? bayangkan diri kita yang memandu dan bukannya model dalam kereta tu. Parking dekat rumah teres yang boleh memuatkan 2 buah kereta memang sudah cukup membuatkan kita rasa sangat wow! Hahaha. Harga kereta boleh beli beberapa buah rumah macam ni.

Kereta ni dalam kategori sport cars. Itu yang benar-benar menarik perhatian aku. Cumanya, aku tak suka bentuk kereta yang keluar kilang ni. Mana-mana orang pun akan jadikan kereta mereka, lain daripada yang lain kalau beli kereta baru. Betul tak? The New Mercedes-amg E43 4matic after market sudah semestinya sangat hebat!

Jom baca apa yang dia tulis di laman web Mercedes Benz tu:

Hot on the heels of the world premiere of the new Mercedes Benz E-Class, its first high-performance variant is on the way from Mercedes-AMG. The E 43 4MATIC with the 3.0-litre V6 biturbo engine on board will represent the most powerful variant of the executive saloon when it is introduced in September 2016. With two new turbochargers and corresponding software applications, the supercharged six-cylinder engine delivers an output of 295 kW (401 hp). The ample peak torque of 520 Newton metres is available right from a low engine speed of 2,500 rpm

Ha, faham tak? Kalau kurang faham, sila-sila lah faham ya! Nak terangkan lebih-lebih, blog ceritaejoy bukan blog automotif. Kalau nak tahu pasal kereta dengan lebih lanjut, boleh lah ke blog paultan. Ha, situ memang khas menceritakan perihal automotif ni. hehehe.

www.ceritaejoy.com

Sesuatu yang menarik perhatian para penggemar kereta “mewah” ini adalah, ruang dalaman The New Mercedes-amg E43 4matic ini. Jom kita sama-sama lihat. Kemaskan? Selain kekemasan bahagian dalaman yang sering menjadi perhatian, ruangan pemanduan juga adalah suatu yang menjadi perkara paling utama di dalam penilaian pemilikan kenderaan baru. Amboi, tiba-tiba berubah ayat aku ni. hehehe. Duduk dan pandu sudah semestinya impian buat aku! hahaha.

Oklah! Aku nak cerita pula pasal kereta Mercedes benz yang selalu menarik perhatian aku bila dia lalu dekat sebelah kereta supercharger 12.0L proton saga BLM aku. Apa macam? Hahaha. Kereta itu adalah Mercedes A250 Amg. Ala, harga ni kalau kita tengok dekat laman web, adalah dalam RM240,000. Hahahaha. Tambah sikit, dah sama macam harga rumah aku dah. Hehehe.

www.ceritaejoy.com

Tapi kan, tak salah kalau ianya menjadi impian kan? Impian perlu ada di dalam usaha seseorang untuk berjaya. Bila ada target, kita akan bekerja mengikut target tersebut. Sekali lagi! Semoga dengan bulan Ramadhan 2016 yang mulia ini, aku bermohon kepada Allah, agar diperluaskan rezeki dan dipermudahkan segala perancangan yang telah dirancang. Amin.

You Might Also Like

2 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email